KUALA LUMPUR:Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada ketika ini menjadi tumpuan pengamal media berikutan pemimpin-pemimpin UMNO dari seluruh negara sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju parti berkenaan.
Krew Astro AWANI yang kini berada di sana dimaklumkan, mesyuarat Biro Politik UMNO sudah bermula sekitar pukul 4.30 petang.
Sebelum mesyuarat bermula, beberapa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dilihat memasuki bangunan Menara Dato’ Onn.
Antaranya ialah Datuk Seri Shahidan Kassim iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Tan Sri Noh Omar (Selangor) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Kelantan).
Turur kelihatan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Menurut sumber Astro AWANI, mesyuarat itu akan menyentuh mengenai hala tuju UMNO serta kerjasama politik dengan parti politik lain.
Bagaimanapun, pemimpin-pemimpin UMNO negeri itu enggan membuka mulut apabila ditanya media mengenai kenyataan terbaharu dikeluarkan oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa pada tengah hari tadi.
Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam sidang media isu pemecatannya turut mengulas mengenai pelbagai perkara termasuk mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Ketereh itu juga secara terbuka menetapkan pendiriannya enggan bersubahat dengan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap usaha-usaha yang diambil bertentangan dengan prinsip dan pendirian politiknya.
Susulan mesyuarat Biro Politik, Majlis Tertinggi (MT) UMNO pula akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini.
Astro AWANI akan membawakan perkembangan mutakhir UMNO dan hala tujunya dari semasa ke semasa.
[LAPOR LANGSUNG] Kemelut UMNO? Mana hala tuju menjelang PRU15
Fareez Azman
Wed Jan 06 2021

Tan Sri Noh Omar (kanan) dan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub tiba di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat Biro Politik UMNO. - Gambar Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.