Beberapa pemimpin kaum minoriti hari ini menyatakan pendirian mereka untuk terus teguh menyokong tampuk kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mereka ialah Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak Senator Datuk Doris Sophia Brodie yang mewakili kaum Bumiputera Dayak, Senator Datuk Dr Lucas Umbul yang mewakili kaum Murut, Senator Datuk Boon Som Inong yang mewakili kaum Siam dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah, Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang menwakili kaum Kedayan.
Doris yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara berkata Najib merupakan pemimpin negara yang benar-benar mengambil berat mengenai keperluan kaum minoriti di negara ini.
"Kami sebulat suara menyatakan sokongan kami kepada Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan berpegang teguh memberi sokongan kepada beliau," katanya dalam sidang akhbar bersama di sini, hari ini.
Kenyataan beliau turut disokong Lucas dan Jamilah yang menyatakan kepimpinan Najib telah membawa banyak perubahan positif di Sabah, termasuk menyelesaikan masalah pendatang asing di negeri itu serta program yang fokus kepada pembangunan holistik penduduk akar umbi.
"Beliau merupakan pemimpin yang dipilih oleh rakyat, justeru kepimpinan beliau harus disokong semua rakyat bagi memastikan negara terus membangun maju," kata Lucas.
Boon Som pula berkata masyarakat Siam di negara ini semakin terbela di bawah kepimpinan Najib yang bukan sahaja mengambil berat tetapi melaksanakan langkah-langkah untuk kaum tersebut seperti peruntukan pendidikan tetap untuk anak-anak Siam serta peluang melanjutkan pelajaran yang lebih baik di institusi pengajian tinggi.
Bernama
Wed Sep 09 2015

Kaum minoriti ini berkata Datuk Seri Najib merupakan pemimpin negara yang benar-benar ambil berat kepada keperluan kaum minoriti.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pemimpin kaum minoriti ikrar sokongan penuh kepada PM Najib
Beberapa pemimpin kaum minoriti menyatakan pendirian mereka untuk terus teguh menyokong tampuk kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.