Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli menang besar mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan semula parti itu bagi cabang Pensiangan, pada Ahad.
Keputusan tidak rasmi yang dimaklumkan Ketua Pengawas Pusat Pemilihan PKR cabang Pensiangan Suraya Muizzudin itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.
Proses pemilihan semula PKR bagi cabang itu, yang menggunakan sistem e-undi bermula 9 pagi dan berakhir 4 petang, dan berjalan lancar, berlangsung dalam suasana aman tanpa berlaku sebarang perkara tidak diingini.
Seramai 5,865 daripada 11,000 anggota PKR cabang Pensiangan keluar menunaikan tanggungjawab pada proses pemilihan semula itu.
Pemilihan semula PKR cabang Pensiangan turut menyaksikan Raymond Ahuar mempertahankan jawatan Ketua Cabang dalam pertandingan tiga penjuru dengan mendapat undian 3,126 undi.
Raymond menewaskan dua pencabarnya iaitu Saleh Benidect yang memperoleh 337 undi dan John Ingkoi (kosong undi).
Sementara itu, di TAWAU, walaupun proses pengiraan undi sudah selesai, namun, difahamkan keputusan pemilihan semula PKR bagi cabang itu tidak diumumkan semalam.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin memperolehi 2,357 undi, sekali gus menang dalam persaingan merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan semula PKR bagi cabang itu mengatasi Mohd Rafizi yang mendapat 1,540 undi.
Tawau dan Pensiangan merupakan antara tiga cabang PKR di Sabah yang mengadakan proses pemilihan semula selepas keputusan pemilihan pada 3 dan 4 November lepas ditangguhkan.
Satu lagi cabang PKR iaitu Keningau telah menjalankan proses pemilihan semula, pada Sabtu, dengan keputusan tidak rasmi menyaksikan Mohd Rafizi mendahului Azmin dengan kelebihan tiga undi.
Mohd Rafizi memperoleh 624 undi manakala Azmin 621 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018

Mohd Rafizi Ramli. - Gambar fail
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Biro Politik PKR terima keputusan JPP bagi tiga cabang bermasalah
Biro Politik PKR menerima keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bagi cabang Julau di Sarawak, dan cabang Pensiangan serta Tawau di Sabah, kata Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil.

Pemilihan semula PKR: Rafizi menang besar di Pensiangan
Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd Rafizi menang dengan memperolehi 2,388 undi, berbanding Azmin yang mendapat 262 undi.