GEORGE TOWN: Jawatan Setiausaha Agung DAP akan menjadi tumpuan pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang dijadual berlangsung 20 Mac ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Ia bakal dipertanding kerana Lim Guan Eng telah menyandangnya selama tiga penggal dan mengikut Perlembagaan parti, jawatan itu hanya boleh dipegang selama tiga penggal.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Chow Kon Yeow berkata selain itu, akan berlaku beberapa perubahan dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti.
"Jadi akan muncul seorang Setiausaha Agung yang baharu dan dalam pindaan Perlembagaan pun, kita akan melihat satu senario baharu... pertamanya, sebanyak 30 peratus atau sembilan kerusi CEC bakal disandang oleh golongan wanita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan mengenai Penuaan Sihat Malaysia ke-10 secara hibrid di sini hari ini.
Pada 2019, DAP meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu bagi menetapkan kuota 30 peratus wanita dalam CEC.
"Maksudnya, dalam jawatankuasa pusat baharu akan ada sekurang-kurangnya sembilan ahli yang terdiri daripada wanita... mungkin boleh lebih daripada sembilan, tertakluk kepada pencapaian undi calon wanita," katanya.
Chow, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata beliau akan bertanding dalam pemilihan CEC kerana telah dinamakan sebagai antara 93 calon dari seluruh negara namun jawatan yang akan ditandinginya belum ditentukan.
Beliau berkata DAP mengamalkan pengundian dua peringkat iaitu pertamanya, perwakilan perlu memilih 30 calon untuk memegang jawatan dalam CEC dan selepas itu, mereka yang terpilih akan mengundi bagi memilih Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung serta jawatan utama lain dalam parti.
Rabu lepas, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook berkata seramai 4,149 perwakilan layak hadir secara fizikal untuk mengundi di IDCC Shah Alam dan sebuah syarikat firma audit iaitu Grand Thorton akan mengendali proses pemilihan serta pengiraan undi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Jawatan Setiausaha Agung DAP akan menjadi tumpuan pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang dijadual berlangsung 20 Mac ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Larangan penjualan arak: Pas Selangor sokong cadangan MBI
Langkah itu menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan membantu menangani gejala sosial yang sering dikaitkan dengan penyalahgunaannya.

Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.

Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.

ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.

Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.