SEREMBAN: Pemilihan calon PKR di Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dilakukan secara telus dan mengikut proses ditetapkan parti, kata Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli.
Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira keseimbangan barisan calon dengan membuka ruang kepada golongan wanita, sesuai dengan usaha kepimpinan tertinggi PKR untuk memberi nafas baharu kepada parti.
"Kita ada tiga peringkat tapisan sebelum ia diputuskan oleh Presiden PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim)... saya pun sebenarnya tidak tahu senarai akhir (calon yang telah disenarai pendek) itu sehingga diumumkan... kita nak kekalkan supaya ada penyertaan calon wanita lebih tinggi.
"...dulu sebelum Kerajaan Perpaduan, PKR boleh bertanding banyak kerusi, sekarang kita ada enam sahaja. Jadi enam itu kita nak pastikan satu pertiga itu wanita jadi calon di Negeri Sembilan, oleh itu, seseorang perlu mengundur diri. Keputusan itu bukan soal siapa dapat, siapa tak dapat, itu keputusan parti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Program Jelajah MADANI di pekarangan Pusat Perniagaan Taman Megaway, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek yang dilaporkan mendakwa namanya tidak dicalonkan sebagai calon PKR bagi mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi itu atas arahan Rafizi dan pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pengarah Pilihan Raya PKR itu turut menafikan dakwaan bahawa nama Mohamad Rafie digugurkan disebabkan kelantangannya dalam mengkritik pimpinan Aminuddin sebagai Menteri Besar dengan mengambil contoh pencalonan muka baharu di negeri-negeri lain yang menghadapi PRN.
"Yang lain pun kena gugur juga... ada yang kritik kasar ke apa ada yang dikekalkan, sebab kalau tengok dalam PKR kali ini langsung tidak timbul soal faction (puak), tak ada langsung. Kita memerlukan keseimbangan penampilan sebab kalau tidak memang wanita takkan dapat tempat langsung," katanya.
Selain Mohamad Rafie, turut digugurkan sebagai calon mewakili PH di negeri itu ialah penyandang DUN Sri Tanjung yang juga Timbalan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk M. Ravi, Datuk Michael Yek Diew Ching (penyandang DUN Chuah) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (penyandang DUN Pilah).
Nama-nama berkenaan diganti dengan muka baharu iaitu Tengku Zamrah Tengku Sulaiman yang bertanding kerusi DUN Ampangan, Dr Rajasekaran (Sri Tanjung), Yew Boon Lye (Chuah) dan Nur Zunita Begum (Pilah).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos. - BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2023
Pemilihan calon PKR di Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dilakukan secara telus dan mengikut proses ditetapkan parti, kata Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli. - Gambar fail Astro AWANI
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Biden, Macron dijangka umumkan gencatan Israel-Hezbollah
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Presiden Perancis Emmanuel Macron dijangka mengumumkan gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dalam tempoh 36 jam, kata empat sumber kanan Lubnan.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Jurucakap keselamatan nasional White House, John Kirby, menyatakan bahawa rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
NATO seru perniagaan bersedia untuk senario waktu perang
Pegawai kanan NATO menyeru syarikat perniagaan untuk bersiap sedia menghadapi senario waktu perang dengan menyesuaikan pengeluaran dan pengedaran bagi mengurangkan kerentanan terhadap ugutan dari Rusia dan China.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan NATO, Laksamana Rob Bauer dari Belanda, berkata memastikan perkhidmatan dan barangan penting tetap dihantar dalam apa jua keadaan adalah penting dalam usaha pencegahan NATO.
Lapan bulan tidak cukup perjelas kerjasama PH-BN - Adun Lenggeng
Tempoh lapan bulan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak mencukupi untuk menjelaskan kerjasama yang terjalin antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.
PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat - Aminuddin
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam sebagai amaran daripada rakyat.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.
PRN: Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Slug : Ajal selepas celuBelum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.p jari
PRN: Eddin Shazlee, Danni, Rafiei antara calon MB daripada PN di Negeri Sembilan?
PN Negeri Sembilan menegaskan parti itu mempunyai calon Menteri Besar berkaliber untuk memimpin negeri tersebut.
PRN: Mungkin ada kejutan namun sukar buat PN tawan Negeri Sembilan - Penganalisis
Menggunakan analogi kereta, kalau sebelum ini kempen bergerak pada gear satu, di minggu terakhir ini lazimnya sudah di gear lima, pecutan pun makin laju.