KOTA KINABALU: Pihak pembangkang perlu merebut peluang kerjasama rentas politik bagi mendahulukan keperluan negara dan mengutamakan kestabilan ekonomi serta politik.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata semua pihak perlu bersama-sama membawa negara ini maju ke hadapan sebagai tanda komitmen solidariti.
Jelasnya, melihat kepada keadaan politik negara ketika ini, semua pihak perlu bekerjasama dan mengenepikan perbezaan fahaman politik, sesuai dengan slogan ‘rakyat didahulukan’.
"Tanggungjawab yang lebih penting kini adalah membendung penularan COVID-19, menyelamatkan nyawa dan memulihkan ekonomi negara.
"Ini bukan masanya untuk bertengkar soal siapa yang patut menjadi Perdana Menteri. Kita boleh menyelesaikan masalah itu melalui pilihan raya umum dengan mengembalikan semula mandat kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
BACA: Kerjasama rentas parti untuk kestabilan sebelum PRU15
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.
"Rakyat berhak mendapat perkhidmatan yang lebih baik daripada pihak kerajaan, dan bukannya pergi mengundi, terutamanya ketika pandemik COVID-19 masih ditahap yang membimbangkan," katanya.
Maximus berkata ketujuh-tujuh cadangan kerjasama yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, demi kestabilan negara, harus dipertimbangkan secara positif oleh semua pihak.
"Ini adalah peluang untuk membina kerjasama antara parti dan mengembalikan negara ke landasan yang lebih stabil dalam memulihkan kesihatan dan ekonomi negara," katanya lagi.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Aug 13 2021
![Pembangkang perlu rebut peluang kerjasama rentas politik demi negara - PBS Pembangkang perlu rebut peluang kerjasama rentas politik demi negara - PBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628270887_MaximusOngkili.jpg)
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ini bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714696494_HamidinMohdAminK.jpg)
Hamidin terkilan Pan-gon letak jawatan
Ini kerana Pan-gon, yang mula mengemudi skuad kebangsaan sejak 2022, sebelum ini dengan penuh komited menyatakan mahu terus mengendalikan Harimau Malaya sehingga tamat kontraknya pada Disember 2025.
AWANI Borneo [17/07/2024] - Kebakaran awal pagi | 1.3 juta tenaga buruh | 829.4 kilometer
Awani Borneo 17 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
1. Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
2. 60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
3. RM32.8 juta setahun diperuntukkan bagi penyelenggaraan Pan Borneo
RM32.8 juta setahun selenggara rutin Lebuh Raya Pan-Borneo
Kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM32.8 juta setahun bagi pelaksanaan penyenggaraan rutin di Lebuh Raya Pan-Borneo secara berperingkat mengikut serahan bagi penyenggaraan selepas kontrak projek siap sepenuhnya.
38 peratus isi rumah miskin tegar di Sabah
Rafizi menambah pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu RM1,218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1,198.
![Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Muhammad Adi disangka hilang, menginap di rumah kawan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak tujuh hari lepas telah pulang ke rumahnya di Ampangan Tinggi malam tadi.
Pemenang Jutawan BSN derma 10 peratus kepada gereja
Rezeki tiga bulan menabung di Bank Simpanan Nasional (BSN) berbekalkan modal 10 ribu ringgit telah menukar hidup seorang paderi kepada seorang jutawan.
RM468.7 juta projek infrastruktur basmi kemiskinan di Sabah
Rafizi berkata peruntukan sebanyak RM468.7 juta bagi 2024 telah diwujudkan bagi projek-projek infrastruktur dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan di lapan daerah tersebut.
60 peratus tenaga buruh di Sabah belum berdaftar dengan KWSP
Sebanyak 60 peratus atau 1.3 juta daripada 2.3 tenaga buruh di Sabah belum berdaftar sebagai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berisiko tidak memiliki simpanan untuk persaraan.
![Pembangkang perlu rebut peluang kerjasama rentas politik demi negara - PBS Pembangkang perlu rebut peluang kerjasama rentas politik demi negara - PBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628270887_MaximusOngkili.jpg)
Pembangkang perlu rebut peluang kerjasama rentas politik demi negara - PBS
Pihak pembangkang perlu merebut peluang kerjasama rentas politik bagi mendahulukan keperluan negara dan mengutamakan kestabilan ekonomi serta politik.
![Jangan samakan pengganas LTTE dengan rakyat Palestin - Blok pembangkang Jangan samakan pengganas LTTE dengan rakyat Palestin - Blok pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570781869_TBBLOKPEMBANGKANG.jpg)
Jangan samakan pengganas LTTE dengan rakyat Palestin - Blok pembangkang
Pembangkang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)
![Status 'Ketua Umum' bakal dibincang di Kongres Nasional Khas PKR Status 'Ketua Umum' bakal dibincang di Kongres Nasional Khas PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/71369486465_295x200.jpg)
Status 'Ketua Umum' bakal dibincang di Kongres Nasional Khas PKR
Status Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menjadi salah satu topik hangat yang akan dibincangkan di Kongres Nasional Khas hari ini.