PEKAN: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang bersedia mengetepikan perbezaan politik dengan Barisan Nasional (BN apabila agenda kebajikan rakyat menjadi keutamaan.
ADUN Teruntum, Sim Chon Siang (PKR) berkata walaupun masih belum mengetahui portfolio yang akan dipegang, beliau mahu menggunakan peluang tersebut untuk terus memperjuangkan isu rakyat seperti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemudahan infrastruktur.
"Memang agak pelik kerana dahulu kita selalu menghentam mereka (BN) tetapi kini macam adik-beradik. Tetapi kita kena meletakkan keutamaan kepada soal rakyat.
"Sebelum ini, kita bangkitkan isu di sidang dewan juga adalah untuk rakyat. Saya akan terus bawa isu-isu rakyat di dewan dan mesyuarat Exco kerana rakyat perlukan jawapan," katanya.
Sim berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Abu Bakar, di sini, pada Jumaat.
Beliau dan ADUN Triang, Leong Yu Man (DAP) adalah dua ADUN PH yang dilantik untuk menganggotai barisan Exco Pahang bersama lapan lagi ADUN BN selepas kedua-dua parti bersetuju bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri.
Persetujuan itu dibuat selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentuk kerajaan negeri.
Pada PRU15, BN memperoleh 16 kerusi daripada 42 kerusi DUN Pahang dan PH memperoleh lapan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 17 kerusi.
Namun, pengundian di DUN Tioman telah ditangguhkan ke Rabu ini ekoran kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada hari pengundian 19 Nov lepas. Bagaimanapun keputusan pilihan raya itu tidak akan mengubah ketiadaan majoriti mana-mana pihak.
Sementara itu, Leong menyifatkan situasi politik di Pahang sebagai era baharu dan berharap perpaduan antara dua parti itu menjadi lebih erat supaya pelbagai perancangan untuk rakyat dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Fokus utama untuk membantu rakyat dalam isu utama seperti ekonomi dan saya percaya ini juga adalah permintaan dan senario yang dimahukan rakyat," katanya.
Bagi Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau melihat tiada masalah untuk BN dan PH berada dalam pentadbiran negeri, selain berazam mahu menjalankan tugas sebaiknya.
"Tiada sebab mengapa kita tidak boleh bekerjasama...malah kita dapat lihat banyak gabungan politik memerintah di merata negara di dunia. Orang ramai sudah memberi mandat dan kita perlu ketepikan perbezaan untuk rakyat Pahang," kata ADUN Peramu Jaya itu.
Sementara itu, Menteri Besar. Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata portfolio semua 10 anggota Exco itu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana ia perlu diperhalusi sebelum dimuktamadkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

(Dari kiri) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Leong Yu Man (Triang) dan Sim Chon Siang (Teruntum) mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah. - Foto BERNAMA

Lebih 300,000 pekebun kecil getah dijangka terima BMT tahun ini
Sebanyak 331,146 pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dijangka menerima manfaat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun ini.
Pencarian MH370 di Lautan Hindi bermula di zon pencarian baharu
Pencarian MH370 dimulakan di Lautan Hindi dengan menggunakan kapal sokongan laut milik Ocean Infinity yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Kementerian Arab Saudi galakkan jemaah umrah dapatkan vaksin meningitis
Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggalakkan jemaah umrah yang akan berkunjung pada bulan Ramadan untuk mendapatkan vaksin meningitis.

ASEAN tegaskan pendirian, konflik Ukraine-Rusia perlu diselesaikan secara aman
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini menegaskan semula pendirian blok serantau itu bahawa konflik Ukraine dan Rusia mesti diselesaikan secara aman.
PERKESO perkasa Rawatan Bencana Kerja, mudahkan akses pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

ERA Sarawak turun padang, jayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau, Bekenu
Pasukan Radio ERA Sarawak dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah menjayakan Misi Pasca Banjir OOHA di Kampung Bulau di Bekenu.
Banjir: Kelantan kembali dilanda bah, Tanah Merah jajahan terjejas
Banjir kembali melanda Kelantan dengan jajahan Tanah Merah menyaksikan 46 mangsa daripada 14 keluarga terpaksa berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).
Tidak timbul isu pemilik asal akan diusir secara paksa - PM
Tidak timbul sama sekali pemilik asal hartanah tanpa mengira kaum akan diusir daripada pemilikan tanah atau premis secara paksaan.
4,000 kenderaan guna Jalan Tun Razak setiap jam
Purata sebanyak 4,000 kenderaan melalui Jalan Tun Razak di hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL) setiap jam, menurut laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, menjelaskan bahawa beberapa langkah telah diambil untuk memperbaiki aliran trafik di jalan tersebut, yang merupakan sebahagian daripada Middle Ring Road 1 (MRR1).

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

Ibu rayu PM, kerajaan selamatkan anak di Myanmar
Anak lelaki Haniza telah menghubunginya dan meminta supaya membantu membawa pulang ke tanah air bersama lima lagi mangsa.

Pelantikan Exco: Dua ADUN PH janji buat terbaik untuk rakyat Pahang
Portfolio semua 10 anggota Exco itu akan diumumkan dalam masa terdekat kerana ia perlu diperhalusi sebelum dimuktamadkan.

Jasad Goi Zhen Feng selamat disemadikan
Upacara pembakaran dilaksanakan di Kuil Hin Kong di Si Racha, 120km dari tenggara Bangkok, dengan dihadiri ayah dan ibunya.