JOHOR BAHRU: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa MPN yang baharu bagi sesi 2023-2024.
Setiausaha Pejuang Negeri Johor, Dr Zaini Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa MPN berkenaan yang berlangsung pada 29 Januari lalu.
Beliau berkata, Nornekman Osman yang dilantik Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pejuang Negeri Johor yang baharu pada 5 Januari lalu mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa MPN berkenaan.
"Jawatan Timbalan Ketua Pejuang Negeri Johor dan Bendahari yang masih kosong akan diisi dalam tempoh terdekat.
"Bagi sesi baharu itu Zaini Abu Bakar mengisi jawatan Setiausaha, Mohd Azmin Ali (Ketua Penerangan), Zalihah Jaafar (Ketua Pejuanita), Riad Ahmad (Ketua Pejuang Muda), dan Nurfatimah Ibrahim (Ketua Pejuanita Muda).
"Sementara itu, Tariq Ismail Mustafa, Azrif Abdul Rashid, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, Dr Sazali Aripin, Dr Khairil Anwar Razali, Mohd Shukor Ahmad, Talib Md Suhut, Ahmade Mohd Din, dan Zamzam Hashim dilantik sebagai ahli MPN.
"Begitu juga Fazli Arman, Zainuddin Adam, Wan Sharani Wan Abdul Jalil, Razali Mohd Bahar, Mohamad Azhar Tawil, Suraya Sulaiman, Mohamad Eddy Hafifi Chuai, dan Suriyana
Mohamad yang turut dilantik sebagai ahli MPN," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, Nornekman merakamkan penghargaan kepada bekas Ketua Pejuang Negeri Johor, Datuk Shahruddin Md Salleh dan barisan kepimpinannya atas usaha yang telah mereka laksanakan sebelum ini.
Selain menamakan barisan kepimpinan yang baru katanya, Nornekman turut mengumumkan penstrukturan semula Pejuang Johor dengan membubarkan jawatan Penyelaras Parlimen.
Jelas beliau, jawatan itu diganti dengan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meringankan beban tugas menyelia di peringkat DUN supaya dapat lebih fokus terhadap isu dan gerak kerja setempat berbanding Parlimen.
"Antara tugas utama yang akan digalas Penyelaras DUN ialah membantu melaksanakan program jalinan kemasyarakatan, menambah keahlian serta membuat pemutihan ke atas ahli sedia ada," katanya.
Langkah pemutihan juga katanya, akan dilaksana untuk mengelak pertindihan keahlian dalam parti lain, memastikan sama ada mereka masih berminat terhadap Pejuang setelah melalui pengalaman perit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Pilihan Raya Umum ke-15 serta selepas mengundur diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).
"Walaupun tindakan ini akan menyebabkan bilangan keahlian Pejuang Negeri Johor yang kini berjumlah kira-kira 5,000 orang akan semakin berkurangan, ia adalah baik untuk mempunyai ahli yang berkualiti serta prihatin mendukung matlamat penubuhan parti.
"Nornekman juga menekankan bahawa Pejuang Negeri Johor akan memainkan peranan aktif sebagai pejuang rakyat dengan menjadi mata dan telinga kepada suara masyarakat berkaitan pelbagai isu semasa demi kemakmuran dan kesejahteraan hidup," ujarnya.
Tambahnya, program latihan yang berterusan akan dijalankan kepada barisan kepimpinan serta ahli Pejuang dalam usaha memantapkan parti serta mengeratkan ukhuwah.
Nornekman turut mengalu-alukan orang Melayu yang yakin dengan hala tuju perjuangan parti ini iaitu demi mempertahankan kesucian Islam, maruah bangsa dan kedaulatan negara supaya menyertai Pejuang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Feb 02 2023
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor mengumumkan senarai Ahli Jawatankuasa MPN yang baharu bagi sesi 2023-2024. -Gambar fail
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pengganti Hassan Nasrallah, Hashem Safieddine sasaran terbaharu Israel
Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menjadikan Hashem Safieddine iaitu pengganti pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah sebagai sasaran baharu.
Penjaga rumah amal GISB mengaku tidak bersalah dera kanak kanak
Mohd Syahid Hanapiah mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun di Mahkamah Sesyen Selayang pagi ini.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
AWANI Pagi: Kenali Melayu Cocos
Sebut sahaja Melayu Cocos mungkin ramai yang membayangkan Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling), Australia, lokasi di mana sebahagian besar komuniti ini berada.
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Namun tidak ramai yang tahu komuniti unik ini juga berada di Sabah, Malaysia terutamanya di Tawau, Lahad Datu dan Kunak. Sejauh mana adat dan budaya mereka dikekalkan di sini?
#AWANIPagi
Angka korban Taufan Helene melebihi 200 di Amerika Syarikat
Sekurang-kurangnya 204 orang disahkan maut di enam negeri akibat Taufan Helene sejak ia melanda Florida seminggu lalu.
4 rakyat Malaysia di Lubnan selamat tiba di KLIA, seorang lagi petang ini - Wisma Putra
Wisma Putra sedang berusaha untuk memastikan baki 16 rakyat Malaysia bersama keluarga mereka dapat dipindahkan dengan selamat.
Pasukan pengaman PBB di Lubnan teruskan misi, bersiap sedia untuk pelbagai senario
Pasukan UNIFIL berasa bertanggungjawab terhadap mandat yang diberikan kepada mereka oleh Majlis Keselamatan.
Lubnan kemuka aduan terhadap Israel di PBB susulan pencerobohan darat
Aduan terbabit mengecam pencerobohan terhadap kedaulatan Lubnan dan kemasukan pasukan Israel ke dalam sempadan Lubnan sejak malam 1 Okt.
Pejuang Johor umum senarai ahli MPN bagi sesi 2023-2024
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Ahli Jawatankuasa MPN berkenaan yang berlangsung pada 29 Januari lalu.