Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menerusi Urusetia Penubuhan Parti masih belum mengedarkan sebarang borang keahlian kepada orang ramai bagi menerima permohonan menyertai atau menjadi ahli parti berkenaan.
Bakal Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindakan itu ialah bagi mematuhi peraturan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang masih menjalankan proses pendaftaran parti itu.
Bagaimanapun, menurut beliau, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
Tegasnya, butiran berkenaan akan diambil kira sebagai permohonan untuk menjadi ahli parti itu.
Susulan itu, tegas Mukhriz, sebarang borang yang diedarkan secara fizikal atau atas talian yang tidak dikeluarkan Urusetia Penubuhan Parti, tidak diiktirat sebagai borang rasmi.
Semua yang berminat menjadi ahli Pejuang juga diminta untuk berurusan secara langsung dengan Urusetia Penubuhan Parti selain menantikan borang secara atas talian yang akan disiarkan dalam masa terdekat.
Pejuang yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad didaftarkan secara rasmi dan menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo pada 19 Ogos lalu.
Mukhriz menjelaskan, logo berwarna ‘biru pantone’ itu turut terdapat tiga titik yang bermaksud rukun Islam, rukun Iman dan rukun negara.
Selain Mukhriz dan Dr Mahathir, lima lagi nama diserahkan sebagai jawatan kuasa penaja Pejuang termasuk Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Maszlee Malik, Datuk Seri Marzuki Yahya, Datuk Shahrudin Salleh dan Datuk Nuhairi Ahmad.
Abd Hadi Che Awang
Tue Sep 01 2020
![Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/71598944128_TBMukhrizMahathir.jpg)
Menurut Mukhriz, satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli. - Gambar Astro AWANI
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Bekas pemimpin Pas dan Bersatu bersama 200 ahli akan sertai Amanah Bekas pemimpin Pas dan Bersatu bersama 200 ahli akan sertai Amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691465778_AminolHudaHassan.jpg)
Bekas pemimpin Pas dan Bersatu bersama 200 ahli akan sertai Amanah
Dua orang bekas pemimpin utama Pas dan Bersatu bersama lebih 200 ahli dua parti itu akan menyertai Parti Amanah, kata Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan.
![300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan 300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616563009_AlfaizalShahulHami.jpg)
300 bekas ahli PKR Ipoh Barat bakal sertai Gerakan
Menurut Pengerusi Gerakan Perak, Datuk See Tean Seng, sebanyak 50 borang keahlian yang lengkap dari bekas ahli PKR itu diserahkan kepada pihaknya hari ini.
![Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71598944128_TBMukhrizMahathir.jpg)
Pejuang belum edar borang permohonan keahlian parti - Mukhriz
Satu Borang Tunjuk Minat akan dibuka secara atas talian bagi mengumpul butiran pemohon memandangkan terdapat ramai yang berminat menyertai Pejuang sebagai ahli.
![Bekas Ketua Menteri Melaka sertai Bersatu Bekas Ketua Menteri Melaka sertai Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537099738_TBBERSATUxj.jpg)
Bekas Ketua Menteri Melaka sertai Bersatu
Tujuannya menyertai Bersatu bukannya untuk kembali bergiat aktif dalam politik tetapi atas dasar sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rakan baik.
![Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526162697_TBSARAWAKPKRWANITA.jpg)
Enam pemimpin politik Sarawak sertai PKR
Kesemua mereka termasuk dua Anggota Parlimen Bebas secara rasmi sertai PKR dan telah menyerahkan borang keahlian.