UMNO Bahagian Bayan Baru mendesak Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat keanggotaan individu termasuk pemimpin terlibat dengan 'Deklarasi Mahathir' kerana secara jelas menjatuhkan martabat parti.
Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Ir Mansor Musa berkata Jawatankuasa Disiplin parti perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjatuhkan imej parti jika mahu UMNO yang mempunyai perlembagaan, terus dihormati rakyat.
"Kami berpendirian teguh dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan kepimpinan dan memperjuangkan agama, bangsa dan negara secara konsisten dan istiqomah," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian berkelompok mesyuarat cawangan dalam UMNO Bahagian Bayan Baru di sini pada Khamis.
Beliau berkata pihaknya sangat tersinggung dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama segelintir bekas kepimpinan UMNO yang secara terbuka bersepakat dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik.
Dalam pada itu, Anggota MT yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang merasmikan majlis itu berkata dakwaan bahawa Perdana Menteri telah hilang sokongan daripada parti sendiri adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan itu tidak berasaskan realiti, apa yang ditunjukkan (sokongan) daripada UMNO bahagian ini bukanlah satu paksaan tetapi yakin secara konsisten bahawa institusi presiden perlu dipertahankan," katanya.
Sementara itu, Pergerakan Wanita UMNO Pulau Pinang turut menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Najib dan kesal dengan tindakan pihak yang bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri.
Ketua Wanita UMNO negeri, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata kebebasan bersuara dalam menyatakan sesuatu pandangan perlu dihormati, namun keterbukaan itu perlu tertakluk kepada adab dan etika parti terutama apabila melibatkan pemimpin tertinggi parti.
"Sebagai anggota UMNO, kita tahu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara merupakan musuh utama kita dan mempunyai agenda menjatuhkan presiden parti dan menghuru-harakan negara sekali gus merosakkan kestabilan ekonomi," katanya.
Norliza juga menyifatkan tindakan kumpulan yang ingin menjatuhkan Perdana Menteri sebagai menjengkelkan dan cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yang membelenggu negara.
Bernama
Thu Mar 17 2016

MUSA: Kami berpendirian teguh dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan kepimpinan. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pulau Pinang laksana program adaptasi iklim pertama di Malaysia
Program ini ialah inisiatif kerajaan negeri melalui sumber pembiayaan RM9.2 juta dari Adaptation Fund, sekretariat yang ditubuhkan UNFCCC.

Remaja OKU ditemukan maut dalam kebakaran di pangsapuri
Mangsa berusia 18 tahun ditemukan dalam keadaan tertiarap dan melecur pada bahagian belakang badan di dalam bilik tidur rumahnya.

TalentCorp perkukuh kedudukan, buka cawangan di Pulau Pinang
Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) melebarkan operasinya di Pulau Pinang menerusi pembukaan pejabat operasi yang baharu hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru didakwa lagi dengan 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta
Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mansor Musa sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 58 pertuduhan rasuah berjumlah RM9.22 juta.

Empat buah kereta terbakar dijilat api
Empat buah kereta dengan dua daripadanya hangus terbakar dalam kejadian kebakaran di Taman Perumahan Halaman Mayang 5.

Teman lelaki ibu campak bayi serah diri
Seorang lelaki berusia 18 yang dipercayai teman lelaki kepada ibu bayi berkenaan menyerahkan diri di balai polis pada Khamis.

Kejam! Remaja tergamak campak bayi dari tingkat empat
Bayi malang yang disumbatkan didalam beg itu ditemui masih bernyawa selepas diselamatkan salah seorang penduduk yang menemuinya di belakang flat berkenaan.

Lelaki ditahan bersama 120 bungkusan air ketum
Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lepas, pihaknya membuat serbuan di kawasan berkenaan pukul 12.30 tengah hari dan menahan lelaki berusia 43 tahun itu.

Lelaki bersenjatakan gunting tiba-tiba 'naik hantu'
Polis menahan seorang lelaki bersenjatakan gunting yang mengamuk secara tiba-tiba dan bertindak di luar kawalan dalam kejadian di sebuah flat di Bukit Gedung, Bayan Baru pada Sabtu.

Patung kuil Hindu di Bayan Baru dirosakkan individu tidak bertanggungjawab
Beberapa individu tidak bertanggungjawab merosakkan sebuah patung di kuil Hindu di Bayan Baru pada malam Sabtu.