BETONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengusulkan permohonan menambah bilangan kawasan Parlimen di Sarawak.
Presidennya Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata permohonan berkenaan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan ia akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu.
"Kita akan mengkaji dan bukan sahaja (Parlimen baharu di) Betong tetapi di seluruh negeri ini... kita mengambil kira pandangan (kepimpinan PBB) kawasan Betong untuk mewujudkan tiga kawasan Parlimen baharu," katanya dalam sidang media selepas Konvensyen Khas PBB Zon Betong di sini hari ini.
Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata permohonan berkenaan juga sejajar dengan laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) yang secara jelas menyatakan kepentingan suara Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat.
Terdahulu, Naib Presiden PBB Datuk Julaihi Narawi menyerahkan sembilan usul ahli parti itu dari zon Betong yang antaranya menyentuh agar bilangan kawasan Parlimen di Sarawak ditambah bagi mengimbangi serta membolehkan Sarawak dan Sabah mempunyai satu pertiga daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat.
Usul berkenaan turut mencadangkan supaya negeri itu mempertimbangkan sekurang-kurangnya 12 kawasan Parlimen baharu.
Pada masa ini, daripada keseluruhan 222 kerusi Dewan Rakyat di seluruh negara, sebanyak 166 kerusi atau 75 peratus di Semenanjung, manakala baki 25 peratus atau 56 kerusi di negeri Borneo, dengan masing-masing 25 kerusi di Sabah dan 31 di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
![PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696403472_TBAbangJohari.jpg)
Abang Johari berkata permohonan berkenaan selaras dengan MA63 dan ia akan diusulkan kepada SPR yang bertanggungjawab memuktamadkan perkara itu. - Gambar fail/Bernama
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Program Jualan Rahmah tidak hanya tertumpu di kawasan Parlimen kerajaan sahaja - Armizan Program Jualan Rahmah tidak hanya tertumpu di kawasan Parlimen kerajaan sahaja - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710406922_ArmizanMohdAli.jpg)
Program Jualan Rahmah tidak hanya tertumpu di kawasan Parlimen kerajaan sahaja - Armizan
Armizan berkata program berkenaan dilaksanakan meliputi seluruh kawasan parlimen dan tidak hanya dikhususnya kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
![PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696403472_TBAbangJohari.jpg)
PBB tubuh jawatankuasa bagi mohon penambahan kawasan Parlimen Sarawak - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan menubuhkan jawatankuasa bagi mengusulkan permohonan menambah bilangan kawasan Parlimen di Sarawak.
![Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647183597_AVIGNESWARAN.jpg)
Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
![Kematangan politik: Fiil ahli politik cerminan minda pengundi Kematangan politik: Fiil ahli politik cerminan minda pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628213259_HamidinAbdHamid.jpg)
Kematangan politik: Fiil ahli politik cerminan minda pengundi
Sedikit sebanyak, sikap tidak menyenangkan sesetengah Ahli Parlimen berakar daripada tahap minda pengundi itu sendiri.
![PM Muhyiddin pulang kawasan, agih Bakul Prihatin Negara PM Muhyiddin pulang kawasan, agih Bakul Prihatin Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81628150336_TBPMSUMBANGBANTUAN.jpg)
PM Muhyiddin pulang kawasan, agih Bakul Prihatin Negara
Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan sumbangan Bakul Prihatin Negara kepada penduduk di sekitar Lenga, di Pagoh.
![Cara biasa berpolitik sudah tak boleh pakai - Syed Saddiq Cara biasa berpolitik sudah tak boleh pakai - Syed Saddiq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625780776_SyedSaddiq.jpg)
Cara biasa berpolitik sudah tak boleh pakai - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar berpendapat, perlu seimbang antara politik dasar dan politik khidmat, supaya wakil rakyat tidak selesa di kerusi mereka tanpa melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.
![Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/51550096741_PengurusanJenazah.jpg)
Terengganu negeri pertama agih kit pengurusan jenazah
Sebanyak 2,000 kit melibatkan peruntukan hampir RM600,000 diagihkan kepada 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan Parlimen di Terengganu.