ALOR SETAR: UMNO perlu memberi peluang kepada 150,000 perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, adalah wajar untuk tidak menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
"Inilah yang sepatutnya berlaku untuk menguatkan kembali imej UMNO.
“Rakyat melihat UMNO sebagai sebuah parti yang terbuka, sebab itu suka atau tidak suka, rela atau tidak rela, kita kena biarkan sahaja pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan diadakan.
“Biarlah perwakilan tentukan siapa paling layak mengemudi parti selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Mohd Yusof menegaskan, sesiapa sahaja yang menang untuk dua jawatan tertinggi UMNO hendaklah diterima dan diberi sokongan sepenuhnya.
“Jangan buat keputusan sesuka hati tanpa sedikit pun menghormati ahli-ahli UMNO di akar umbi. Jangan cabar suara keramat ahli UMNO,” ujarnya.
Menurutnya, sesetengah ahli UMNO yang tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan menggunakan alasan tidak mahu perpecahan atau mengelak parti menjadi porak-peranda.
“Namun hakikatnya, mereka inilah yang selama ini paling kuat memecah-belahkan parti, memporak-perandakan keluarga UMNO sampai rakyat naik muak dengan politiking UMNO.
“PRU14 UMNO kalah juga tetapi tidaklah seteruk kekalahan PRU15.
"Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden ketika itu letak jawatan termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Naib Presiden. Inilah namanya tanggung jawab kolektif,” katanya.
Tambah Mohd Yusof lagi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu memangku jawatan Presiden dan kemudian pemilihan diadakan yang mana Ahmad Zahid sendiri menyokong agar semua jawatan dipertandingkan.
“Berlaku lima penjuru lawan Presiden namun Ahmad Zahid tetap menang. Datuk Seri Mohamad Hasan pula menang Timbalan Presiden manakala Naib Presiden dimenangi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Khaled Nordin.
"Tiada pun perpecahan dalam UMNO. Semua hormati dan terima keputusan kerana menang secara sah dan adil,” ujarnya.
Menurutnya, apa yang akar umbi harapkan hanyalah komitmen pasukan kepimpinan lima tertinggi ini meneruskan perjuangan untuk kembalikan zaman kegemilangan UMNO.
“Malangnya, bukan sahaja parti kalah, malah kalah lagi teruk berbanding PRU14. Bukannya kami tak hormat tetapi kalau itulah keadaannya, tidakkah tergerak di hati untuk berundur dan mengambil tanggungjawab?
“Setidaknya bukalah ruang untuk semua jawatan dipertandingkan. Apa nak takut?” soalnya.
Mohd Yusof berkata, pada pemilihan 2018, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razaleigh Hamzah turut menentang Ahmad Zahid, walaupun tewas dalam pemilihan namun mereka tetap bersama UMNO.
“Khairy tetap terima untuk menjadi calon di Sungai Buloh, malah berjaya turunkan majoriti Pakatan Harapan (PH) daripada 26,000 kepada 2,000,” katanya.
Pada Khamis, media melaporkan Ahmad Zahid sedia dicabar oleh mana-mana calon dalam saingan kedudukan jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan akan datang.
Menurutnya, sebelum ini kedudukan beliau pernah dicabar oleh dua calon, namun kombinasi undi tidak mampu menyainginya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023
![PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!' PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673133692_KetuaUMNOBahagian.jpg)
Mohd Yusof berkata, adalah wajar untuk tidak menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. -Foto Sinar Harian
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
![Di mana fungsi MKT UMNO? - Bekas Ketua UMNO Alor Setar Di mana fungsi MKT UMNO? - Bekas Ketua UMNO Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71675051043_YusofIsmail.jpg)
Di mana fungsi MKT UMNO? - Bekas Ketua UMNO Alor Setar
'Pembersihan' yang dilakukan oleh UMNO telah mengecilkan lagi kekuatan dan kepercayaan orang ramai kepada parti itu.
![PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!' PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673133692_KetuaUMNOBahagian.jpg)
PAU2022: 'Jangan cabar suara keramat ahli UMNO!'
Mohd Yusof Ismail berkata, adalah wajar untuk tidak menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
![Hukuman gantung keahlian ditangguh, Mohd Yusof masih Ketua Bahagian Alor Setar Hukuman gantung keahlian ditangguh, Mohd Yusof masih Ketua Bahagian Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665287626_MohdYusofIsmail.jpg)
Hukuman gantung keahlian ditangguh, Mohd Yusof masih Ketua Bahagian Alor Setar
Keputusan sebenar sama ada dirinya dilepaskan daripada hukuman berkenaan hanya akan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan datang.
![PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639801602_KetuaBahagianUMNO.jpg)
PRU15: UMNO bertegas mahukan kerusi Parlimen Alor Setar daripada MCA
Prestasi yang ditunjukkan MCA yang tumpas dalam beberapa siri PRU sebelum ini juga wajar diberikan pertimbangan.