KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar seorang pemimpin UMNO yang juga menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar meletak jawatan kerana disifatkan sebagai makhluk perosak parti itu.
Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020), Ahmad Zahid mengingatkan individu berkenaan yang tidak disebut namanya, bahawa jawatan yang disandang itu disebabkan oleh UMNO.
"Kita duduk sebagai menteri kerana parti meletakkan jawatan itu, jika ada di kalangan mereka telah seronok berada di bilik hawa dingin dan kerusi empuk... lihat dan harus tahu mereka berada di sana (kerana UMNO), termasuk seseorang menjadi menteri tetapi tidak ada disini, tetapi menikam UMNO.
"Kalau dia anak jantan, dia harus letak jawatan sebagai menteri, ini makhluk perosak," kata Ahmad Zahid.
BACA: 'Saya lebih senior dari Zahid, jangan pertikai kesetiaan saya' - Annuar
Tambahnya, pemimpin UMNO perlu mencontohi semangat kesetiaan yang ditunjukkan oleh bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya yakin rakan-rakan menjadi menteri atau di bawah, mereka adalah ahli parti pendukung parti... orang setia pada parti.
"Kita lihat contoh Ahli Parlimen Pekan, 'malu apa bossku', duduk di atas atau bawah tetap pendukung kuat parti.
"Semangat yang beginilah harus kita kagumi... kalau ketika Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri, yang mendukung beliau adalah kita semua," jelas Presiden UMNO itu lagi.
Justeru, katanya pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada UMNO.
Fareez Azman
Sun Mar 28 2021
Ahmad Zahid berkata, pemimpin yang telah menerima sokongan daripada akar umbi perlu membalas budi dengan menunjukkan sokongan dan kesetiaan kepada UMNO. - Gambar fail/ Bernama
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Argentina perintis hasilkan kuda guna teknik CRISPR-CAS9
Menurut Pengasas & Pengarah Saintifik Keiron, Gabriel Vichera, mereka mengambil gen daripada seekor kuda betina Argetina serta gen lain yang sudah disunting untuk meningkatkan kelajuan lima kuda tersebut tanpa menjejaskan ciri-ciri asal.
UK, EU bakal runding tingkat keselamatan dan perdagangan
London dan Brussels yakin dapat mencapai persetujuan meningkatkan kerjasama dalam keselamatan, penguatkuasaan perundangan dan penghapusan halangan perdagangan menjelang Mei.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Perunding Britain untuk Kesatuan Eropah (EU), Nick Thomas-Symonds berkata, hasrat itu berkemungkinan menjadi topik utama ketika pertemuan pemimpin kedua-dua negara bertemu.
Kazakhstan akan keluarkan laporan awal nahas penerbangan AZAL
Kementerian Pengangkutan Kazakhstan merancang untuk mengeluarkan hasil awal siasatan terhadap nahas penerbangan Azerbaijan Airlines (AZAL) berhampiran Aktau dalam beberapa hari lagi.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.
Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Najib nafi belanja jutaan ringgit untuk tingkatkan imej peribadi
Najib menegaskan bahawa wang disalurkan daripada Tanore Finance Corporation ke dalam akaun peribadinya merupakan wang derma daripada Raja Arab Saudi.