PAS menyatakan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan untuk mewujudkan Akta Pembiayaan Politik bagi menghalang unsur rasuah dan kepentingan peribadi penderma mendorong keputusan parti pemerintah.
Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sebelum ini PAS bersama beberapa parti politik lain seperti Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu.
"Saya nak tegaskan bahawa PAS sentiasa konsisten memperjuangkan supaya diwujudkan satu undang-undang khusus mengenai perkara ini dan kita dah hantar memorandum bersama parti politik yang lain.
"Namun disebabkan berlaku Pilihan Raya Umum ke-14 baru-baru ini dan pertukaran kerajaan, kita belum berpeluang membawa perkara ini kepada pentadbiran baharu.
"Namun kita memandang positif perkara itu dan harap ia akan diperincikan dan dijadikan suatu akta yang perlu diikuti oleh semua parti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Amal Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail, di Dewan Arena Square, di sini, malam tadi.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS turut mengulas mengenai cadangan kerajaan Pakatan Harapan untuk mengehadkan tempoh pentadbiran perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri selama dua penggal yang disifatkan mempunyai asas dan perlu dilihat daripada sudut positif.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam bagi memastikan pelaksanaannya benar-benar memberi impak positif selaras dengan matlamat utama untuk mengelak daripada wujudnya unsur rasuah.
"Ada baiknya juga cadangan ini kerana apabila terlalu lama tentulah wujud ruang-ruang dan kemungkinan perkara tidak sesuai seperti ketiadaan penjanaan idea baharu dan segar bagi generasi baharu.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mengulas mengenai cadangan menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun yang dianggap bukan permasalahan utama.
Sebaliknya beliau meminta kerajaan memfokus kepada isu lebih besar iaitu usaha mendaftarkan lebih ramai pengundi daripada golongan muda kerana data menunjukkan masih ramai yang tidak berbuat demikian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 20 2018
![Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529370102_mbterengganu.jpg)
PAS dan beberapa parti politik lain telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu. -fotoBERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Pelaksanaan AIP, APP: Keazaman pemimpin, parti politik tidak jelas - MBM Pelaksanaan AIP, APP: Keazaman pemimpin, parti politik tidak jelas - MBM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71594689521_PersidanganParlimen.jpg)
Pelaksanaan AIP, APP: Keazaman pemimpin, parti politik tidak jelas - MBM
Antara klausa yang dicadangkan di dalam AIP adalah Ahli Parlimen yang melompat parti perlu meletak jawatan bagi diadakan pilihan raya baharu.
![Akta Pembiayaan Politik bukan aniaya parti - Akhbar Satar Akta Pembiayaan Politik bukan aniaya parti - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81526370136_AKHBARSATAR.jpg)
Akta Pembiayaan Politik bukan aniaya parti - Akhbar Satar
Penggubalan Akta Pembiayaan Politik memastikan undang-undang itu kelak bukan bertujuan menganiaya mana-mana parti politik.
![Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC - SPR Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546532020_TanSriAbdulRashid.jpg)
Pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletak di bawah pengawasan ERC - SPR
Laporan pelaksanaan Akta Pembiayaan Politik diletakkan di bawah pengawasan ERC yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
![SPR patut desak kerajaan percepatkan Akta Pembiayaan Politik - Akhbar Satar SPR patut desak kerajaan percepatkan Akta Pembiayaan Politik - Akhbar Satar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61546487507_akhbarsatar.jpg)
SPR patut desak kerajaan percepatkan Akta Pembiayaan Politik - Akhbar Satar
Parti-parti politik di negara ini baik daripada Pakatan Harapan mahupun pembangkang masih berdolak-dalih untuk melaksanakan Akta Pembiayaan Politik.
![Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/71529370102_mbterengganu.jpg)
Pas sokong usaha PH gubal Akta Pembiayaan Politik
PAS dan beberapa parti politik lain telah menghantar memorandum kepada kerajaan sebelum ini (Barisan Nasional) berserta beberapa cadangan untuk mewujudkan akta itu.
![Undang-undang rasuah: PM, TPM tidak terkecuali - Dr Mahathir Undang-undang rasuah: PM, TPM tidak terkecuali - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/61530161587_TunM.jpg)
Undang-undang rasuah: PM, TPM tidak terkecuali - Dr Mahathir
Kerajaan akan meminda atau mewujudkan undang-undang baharu, termasuk kod etika sedia ada bagi membolehkan PM, TPM dan barisan Menteri Kabinet turut ditakrifkan sebagai pegawai pentadbiran awam.