Usul mengutuk dan mengecam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan kepada ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu diluluskan.
Ia diluluskan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kali ke-26 yag berlangsung di Klang.
Menurut posting Facebook terbaru Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, usul itu juga akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk diambil tindakan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.
PAS Selangor lulus usul kutuk dan kecam dua ADUN sokong Wan Azizah - Gambar Facebook PAS Selangor
Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.
Sokongan tersebut sekaligus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar.
PAS akan menyiasat tindakan dua ahli dewan undangan (Adun) partinya yang menyatakan sokongan kepada Adun Kajang, Dr Wan Azizah hari ini.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini memaklumkan, perbincangan akan dibuat melalui Lajnah Politik PAS, biro paling utama dalam parti Islam itu untuk menentukan nasib dua ADUN tersebut.
Bagaimanapun Saari dilaporkan bersedia untuk dipecat dari partinya akibat mengambil tindakan menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Astro Awani
Sun Aug 31 2014
PAS Selangor lulus usul kutuk dan kecam dua ADUN sokong Wan Azizah - Gambar Facebook PAS Selangor
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
Wow! 'Dukun' ditayang di New York
Filem 'Dukun', lakonan pelakon utamanya, Datin Seri Umie Aida dan Faizal Hussein mencipta sejarah apabila bakal ditayangkan di New York pada 13 Julai ini.