KUALA LUMPUR: Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu mendapat perhatian susulan prestasi memberangsangkan Pas dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
Malah beliau turut memberi jaminan bahawa kepimpinan parti tidak mengehadkan perbahasan berkaitan isu berbangkit selagi tidak melanggar dan bercanggah dengan syarak.
“Ada beberapa perkara besar yang akan dibahaskan antaranya kedudukan Pas sebagai pembangkang, berbanding sebelum ini dalam kerajaan.
“Saya juga jangka perbahasan turut berkait situasi geopolitik yang berlaku di Gaza (Palestin), peperangan Ukraine dan impak kepada ekonomi negara serta masa depan Pas sebagai komponen PN.
“Oleh kerana kita bukan kerajaan, sebahagian yang dibawa itu nanti akan menjadi satu cadangan dan desakan kepada kerajaan dalam konteks pentadbiran negara,” katanya kepada Sinar Harian.
Muktamar Tahunan Pas ke-69 dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beberapa usul melibatkan kerjasama dan prospek pembangunan ekonomi di empat negeri diterajui PN turut menjadi fokus perbahasan.
“Muktamar kali ini diadakan selepas beberapa siri pilihan raya dan secara tidak langsung, beberapa perkara berkaitan akan dibangkitkan.
“Sebab itu saya lihat muktamar ini antara usaha memperkukuhkan PN, dibawa dalam satu mekanisme kerana kita dapati selepas post-mortem pilihan raya, wujud beberapa perkara yang perlu penambahbaikan khususnya untuk mencapai sasaran,” ujarnya.
Mengenai permuafakatan politik antara rakan-rakan parti dalam PN, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu menjelaskan, ahli Pas memahami dasar permuafakatan politik yang wujud dalam perikatan itu.
Malah beliau menegaskan, parti itu akan mempertahankan janji dan komitmen kepada akar umbi serta pengundi.
“Kita bergerak sebagai satu pasukan walaupun Pas dominasi dalam keputusan pilihan raya. Namun tanpa kerjasama antara parti dalam PN, kita tidak mungkin capai ke tahap ini.
“Termasuk juga Gerakan (Parti Gerakan Rakyat Malaysia), walaupun hanya ada satu kerusi tetapi peranan mereka (serta) sokongan Dewan Himpunan Penyokong Pas dan ahli bersekutu dalam Bersatu, itu amat penting,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 19 2023

Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen dalam Perikatan Nasional dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail
ETS Segamat operasi hari ini, rancak ekonomi setempat
ETS KTMB Segamat mula beroperasi hari ini, dijangka merancakkan lagi aktiviti ekonomi bandar.

Terminal Bersepadu Gombak mula terima penumpang
Suasana di terminal masih lengang, hanya beberapa bas kelihatan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.
AWANI Ringkas: Tolak spekulasi tarik diri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiga bangkai penyu agar dijumpai di Pantai Chakar Hutan
Pihak PULIHARA telah melaporkan penemuan tersebut kepada Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu DOF dan sedang dalam proses menanam bangkai penyu tersebut.
Lelaki tahan sakit lebih tiga jam, pipi tertusuk besi
Seorang lelaki menahan kesakitan lebih tiga jam apabila tertusuk besi di pipi kanan sehingga atas kepala selepas terbabit kemalangan DI Jeneri, Sik.

Harga emas cecah RM463 segram, tertinggi setakat tahun ini
Menerusi semakan di laman web Public Gold, angka itu naik RM2 berbanding Jumaat yang mencatatkan RM461 (segram).
Tiada tempat untuk Islamofobia, serta kebencian terhadap kepercayaan lain - Wisma Putra
Malaysia terus komited dalam memerangi Islamofobia serta semua bentuk keganasan dan kebencian terhadap individu berdasarkan agama atau kepercayaan.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, melalui forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun, dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, melalui forum pelbagai hala, Malaysia secara konsisten menggalakkan persefahaman dan kerjasama antara budaya, tamadun, dan kepelbagaian agama bagi memupuk keamanan serta keharmonian antara negara.
Kerajaan komited pertahan prinsip perlembagaan, kedudukan
Anwar berkata, apa sahaja pandangan rakyat negara ini, hakikatnya ialah dasar Bumiputera dan MARA membantu kebangkitan dan meningkatkan kedudukan orang Melayu.

Xbox perkenal Copilot For Gaming tidak lama lagi
Microsoft akan memperincikan ciri Copilot untuk Xbox di acara GDC 2025.

Pas-PN dijangka jadi topik hangat
Hubungan dan hala tuju Pas sebagai parti komponen PN dijangka menjadi topik hangat dalam muktamar tahunan parti itu, hujung minggu ini.