PAS menafikan dakwaan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mendakwa parti itu akan menjadikan peristiwa Memali sebagai satu usaha untuk memancing undi orang Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata peristiwa Memali merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak dan PAS tidak mempunyai sebarang kepentingan politik dalam hal tersebut.
"Ini bukan soal menarik undi kerana isu ini memang sejak dahulu diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke-19 di sini, hari ini.
Semalam, Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata PAS sengaja menimbulkan kembali peristiwa Memali semata-mata untuk memancing undi orang Melayu menjelang PRU14.
Pada 16 Ogos, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa kerajaan agar mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat kembali peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 itu.
Peristiwa Memali yang menyaksikan 18 orang terbunuh kembali hangat susulan kekecohan yang berlaku semasa majlis Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Selangor berikutan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2017
![PAS nafi guna peristiwa Memali untuk tarik undi PAS nafi guna peristiwa Memali untuk tarik undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61436348250_DATUKAHMADYAKOB.jpg)
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata peristiwa Memali merupakan satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak dan PAS tidak mempunyai sebarang kepentingan politik. - Gambar fail
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691942198_DatukAhmadYakob.jpg)
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
![PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691901305_DatukAhmadYakob.jpg)
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
![Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689587693_MenteriBesarKelan.jpg)
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
![PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691836492_TBAhmadYakob.jpg)
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
![Kelantan umum Ahad cuti peristiwa Kelantan umum Ahad cuti peristiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690879022_AhmadYakob.jpg)
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
![Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691731601_Ahmad.jpg)
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
![PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41690879022_AhmadYakob.jpg)
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
![Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690837699_DatukAhmadYakob.jpg)
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
![PN Kelantan perkenal 18 manifesto PN Kelantan perkenal 18 manifesto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690837313_DatukAhmadYakob.jpg)
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
![PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671469370_MenteriBesarKelan.jpg)
PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi
Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.