Parti Agama Islam Se-Malaysia (Pas) meletakkan dua syarat bagi membentuk kerajaan perpaduan iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang melibatkan Pas, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan di Perak.
Perkara itu diputuskan selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat petang tadi di Rusila, Marang yang diumumkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.
“Pas meletakkan syarat bahawa kerajaan perpaduan ini perlu dipimpin oleh seorang Islam yang dipersetujui oleh majoriti ADUN Islam yang ada.
“Manakala exco kerajaan negeri mestilah majoritinya terdiri daripada kalangan ADUN beragama Islam,” kata Takiyuddin dalam satu sidang media selepas mesyuarat parti hari ini.
BACA: Pas cadang bentuk kerajaan perpaduan di Perak
Ia sekaligus merungkai kekusutan politik yang sedang berlaku di Perak ketika ini dan ura-ura yang menyatakan bahawa Pas telah bersetuju untuk membentuk kerajaan campuran bersama BN Perak.
“Itu adalah syarat kami dan kami tidak paksa dan jika tidak bersetuju Pas sendiri bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya negeri jika tidak ada jalan penyelesaian,” jelas Takiyuddin lagi.
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 mencatat kedudukan kerusi DUN Perak ketika ini memihak kepada Pakatan Harapan dengan 29 kerusi manakala BN 27 kerusi dan PAS tiga kerusi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri May 11 2018
![Pas letak dua syarat bentuk kerajaan perpaduan di Perak - Takiyuddin Pas letak dua syarat bentuk kerajaan perpaduan di Perak - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526039757_TakiyuddinHassan.jpg)
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan memberitahu bahawa PAS letak dua syarat untuk bentuk kerajaan perpaduan di Perak. -Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pas letak dua syarat bentuk kerajaan perpaduan di Perak - Takiyuddin Pas letak dua syarat bentuk kerajaan perpaduan di Perak - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526039757_TakiyuddinHassan.jpg)
Pas letak dua syarat bentuk kerajaan perpaduan di Perak - Takiyuddin
Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS) meletakkan dua syarat bagi membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu kerajaan tanpa pembangkang yang melibatkan PAS, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.