Barisan Nasional (BN) Perak yang memperoleh 27 kerusi masih boleh menubuhkan kerajaan di negeri berkenaan sekiranya wujud kerjasama antara parti itu dan Pas yang dilihat sebagai 'king maker' atau penentu parti mana yang memerintah.

Pengumuman SPR sebelum ini memaklumkan Pakatan Harapan (PH) mendahului kiraan kerusi di Perak dengan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kurang satu kerusi untuk menubuhkan kerajaan negeri dengan majoriti mudah. Pas mempunyai 3 kerusi.

30 kerusi diperlukan untuk tubuh kerajaan dengan majoriti mudah di Perak.

Kebiasaan yang dilakukan oleh demokrasi berparlimen sebelum ini memerlukan parti-parti bergabung untuk mendapatkan kerusi yang mencukupi membentuk kerajaan campuran.

BERITA LANJUT MENYUSUL