Pas Johor hari ini mengumumkan untuk bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Pesuruhjaya Pas negeri Abdullah Husin berkata jumlah kerusi meningkat berbanding hanya lapan kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas.
"Ini merupakan jumlah (kerusi) tertinggi pernah ditandingi Pas Johor dalam sejarah PRU di negeri ini," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Manifesto Gagasan Sejahtera (Gagasan) Johor peringkat negeri, yang dianggotai Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiyah Se-Malaysia (Berjasa), di sini hari ini.
"Kesemua calon sudah dikenal pasti. Daripada 19 calon yang bertanding kerusi parlimen di negeri ini, empat daripadanya merupakan ulama, lima aktivis parti dan selebihnya adalah golongan profesional," kata beliau.
Selain itu, beliau berkata Pas turut menampilkan lima calon wanita dan satu daripadanya calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong parti tersebut.
Pada PRU lepas, Pas hanya memenangi empat kerusi DUN iaitu Puteri Wangsa, Parit Yaani, Maharani, dan Sungai Abong. Bagaimanapun, kerusi DUN yang dimenangi Pas tinggal tiga apabila Aminolhuda Hassan yang memenangi kerusi Parit Yaani, beralih menyertai Parti Amanah Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 08 2018
Pesuruhjaya Pas negeri Abdullah Husin berkata jumlah kerusi meningkat berbanding hanya lapan kerusi Parlimen dan 31 DUN pada PRU lepas. - Gambar fail
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Peniaga besi buruk terlepas hukuman mati, digantikan penjara 35 tahun
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan semakan V Raja.
Komuniti India terima tambahan RM130 juta dalam tempoh empat bulan - Ramanan
Ramanan berkata, hanya Kerajaan Perpaduan dan Anwar yang prihatin memberi peruntukan besar kepada masyarakat India di Malaysia.
Beberapa jalan ditutup bermula Sabtu hingga petang Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Sabtu hingga jam 3 petang Ahad sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat ialah Jalan Serindit, Jalan Susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan Jalan Susur Jabatan Kerja Raya SPS.
Fadhlina rayu undi calon PH
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek merayu pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memberi peluang kepada calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK), Dr Joohari Ariffin untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat pada pengundian Sabtu ini.
Faisal Halim sudah mula jalani sesi latihan sejak Rabu
Pemain berusia 26 tahun itu difahamkan sudah mula turun ke padang tetapi masih belum bersedia untuk menerima sebarang liputan media.
Pas Johor belum terima maklumat penyertaan Halimah
Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang kenyataan berhubung kesediaan Pas untuk menerima bekas menteri itu.
Isteri Pesuruhjaya Pas Johor meninggal dunia
Isteri Pesuruhjaya Pas Johor Abdullah Husin, Habibah Hussin, meninggal dunia pagi tadi.
PRU15: Tidak bimbang diapit calon muda, 'aspek kebapaan' kekuatan calon PN di Muar
Pengundi kini mempunyai ruang untuk membuat pilihan di kawasan itu.
Masih ada masa untuk Pas, UMNO adakan rundingan - Abdullah
Ia berikutan SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Johor dalam masa beberapa hari lagi iaitu pada 9 Februari depan.
Pas bakal bertanding 19 kerusi Parlimen, 40 kerusi DUN di Johor
PAS Johor hari ini mengumumkan untuk bertanding di 19 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).