Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpandangan hasrat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baharu, bukan hanya usaha sia-sia malah tidak akan kekal lama.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata penubuhan sesebuah parti perlu berasaskan kepada perjuangan dan bukan bersifat peribadi.
"Bagi saya kalau ada orang berjuang dalam politik hanya untuk kepentingan peribadi, hendak menyerang peribadi orang lain, ia tidak akan lama.
"Setiap perjuangan mesti berasaskan ideologi. Perjuangan mesti berasaskan falsafah perjuangan, kalau berjuang untuk menjatuhkan seseorang, itu jangka pendek, jadi insya-Allah, mungkin Tuhan tidak akan bersama (dalam perjuangan itu)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelajar Program Parlimen Mahasiswa Kali Kedua 2016 di sini hari ini.
Jelas Abdul Aziz, Mubarak bersifat terbuka terhadap mana-mana bekas pemimpin yang mahu menubuhkan parti baharu memandangkan negara mengamalkan sistem demokrasi.
"Kita terbuka, sesiapa sahaja boleh buat parti politik. Ini demokrasi bebas untuk buat (parti baharu). Soalnya; efektif atau tidak efektif itu lain kira. Banyak tak banyak pengikutnya lain kira.
"Hendak buat parti, kita boleh buat parti, semua orang boleh buat parti. Tun Dr Mahathir rasa mereka boleh buat parti, buatlah. Tidak mengapa," katanya.
Justeru, katanya, Mubarak tidak panik mahupun tergugat berhubung hasrat Tun Dr Mahathir itu.
Khamis lalu, Tun Dr Mahathir mengumumkan beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian daripada komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Mengenai persidangan Parlimen Mahasiswa yang akan diadakan pada 26 dan 27 Julai ini, beliau berkata persidangan kali ini turut disertai enam institusi pengajian tinggi swasta termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam tempatan.
"Seramai 210 perwakilan akan bersidang kali ini. Kami (Mubarak) syorkan universiti terlibat memberi peluang kepada semua kaum dan jantina," katanya.
Katanya usul-usul perbahasan adalah bersifat kontemporari yang dihadapi perwakilan yang juga mahasiswa mewakili institusi pengajian tinggi masing-masing.
"Sebelum bersidang, perwakilan akan menyertai bengkel selama tiga hari bermula 23 Julai ini. Pada bengkel tersebut prestasi pencapaian mereka juga akan dinilai barisan panelis diketuai Ketua Penerangan Mubarak, Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jul 19 2016
![Parti Tun Mahathir: Perjuangan serang peribadi hanya perjuangan sia-sia - Mubarak Parti Tun Mahathir: Perjuangan serang peribadi hanya perjuangan sia-sia - Mubarak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468934331_AbdulAzizRahman.jpg)
Presiden MUBARAK, Tan Sri Abdul Aziz Rahman (kanan) mengadakan sidang media selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa induk dan pelaksanaan program Parlimen Mahasiswa kali 2 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara, Selasa. - Foto BERNAMA
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Parti Tun Mahathir: Perjuangan serang peribadi hanya perjuangan sia-sia - Mubarak Parti Tun Mahathir: Perjuangan serang peribadi hanya perjuangan sia-sia - Mubarak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468934331_AbdulAzizRahman.jpg)
Parti Tun Mahathir: Perjuangan serang peribadi hanya perjuangan sia-sia - Mubarak
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berkata, penubuhan sesebuah parti perlu berasaskan kepada perjuangan dan bukan bersifat peribadi.