Kerusi Parlimen Sipitang kekal milik UMNO manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Sook masing-masing kekal milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan bantahan awal yang difailkan wakil rakyat UMNO, PBS dan PBRS terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon-calon Parti Warisan Sabah (Warisan).
Pada prosiding di dalam kamar hakim pada Isnin, Hakim Datuk Lee Heng Cheong membenarkan bantahan awal Yamani Hafez Musa, Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ellron Angin yang masing-masing memenangi kerusi Parlimen Sipitang, DUN Kundasang dan DUN Sook pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu terhadap petisyen pilihan raya yang masing-masing difailkan oleh Noor Hayaty Mustapha, Siriman@ Mohd Fazid Basir dan Martin Tomy@ Tommy.
Mahkamah turut memerintahkan setiap pempetisyen membayar kos RM20,000 kepada Yamani Hafez, Dr Juachim dan Ellron Angin, masing-masing.
Hakim juga memerintahkan ketiga-ketiga pempetisyen membayar kos masing-masing RM5,000 terhadap pegawai pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Bercakap kepada pemberita selepas prosiding berkenaan, seorang daripada peguam yang mewakili ketiga-tiga responden, Tengku Fuad Tengku Ahmad berkata hakim menolak petisyen pilihan raya yang difailkan calon-calon Warisan disebabkan kegagalan pempetisyen mengemukakan keperluan-keperluan utama ketika memfailkan petisyen berkenaan.
Pada prosiding pada Isnin, Noor Hayaty diwakili peguam Fareez Salleh dan Chung Jiun Dau sementara Siriman diwakili oleh peguam Baldev Singh dan Stella Simon manakala Martin Tomy diwakili peguam Nelson W. Angang and Jaikol Situn.
Peguam Japar Esteban, Muammar Julkarnain, Shahlan Jufri, Syahrulnizam Salleh, Abdul Fikry Jaafar Abdullah and Faizal Sardi pula mewakili Pegawai Pilihan Raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kerusi Parlimen Sipitang, DUN Kundasang dan DUN Sook masing-masing dimenangi UMNO, PBS dan PBRS atas tiket Barisan Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 15 2018
Ini susulan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya membenarkan bantahan awal yang difailkan wakil rakyat UMNO, PBS dan PBRS terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon-calon Parti Warisan Sabah (Warisan). - Gambar hiasan
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Parlimen Sipitang milik UMNO, DUN Kundasang, Sook kepunyaan PBS, PBRS
Kerusi Parlimen Sipitang kekal milik UMNO manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dan Sook masing-masing kekal milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).