Di sebalik krisis yang berterusan, parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN) sentiasa bersedia untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti Islam itu.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagaimanapun menegaskan, PAS perlu bersetuju dan mematuhi kerangka penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu.
"Mereka dialu alukan, selagi mana PAS bersetuju dengan bingkai kerangka bersama (Pakatan Rakyat) yang baharu nanti," kata Mujahid pada sidang media selepas pelancaran PAN peringkat negeri Pulau Pinang.
Pada masa sama, Mujahid yang juga Pengerusi PAN Pulau Pinang turut mengumumkan sekurang-kurangnya 56 orang kepimpinan PAS dari lima kawasan di negeri itu telah menyertai jawatankuasa penaja parti baharu itu.
Pada Isnin, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli optimis, sebuah pakatan pembangkang yang baharu dapat dibentuk di sebalik krisis dan percakaran demi percakaran antara PAS, DAP dan PAN.
Beliau antara lain percaya proses perundingan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan membuahkan hasil positif.
Astro Awani
Tue Sep 15 2015
![PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437791888_MUJAHIDYUSOFRAWA.jpg)
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa bagaimanapun menegaskan, PAS perlu bersetuju dan mematuhi kerangka penubuhan Pakatan Rakyat yang baharu. - Gambar Fail
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/61437791888_MUJAHIDYUSOFRAWA.jpg)
PAN boleh kerjasama dengan PAS, tetapi bersyarat - Mujahid
Mujahid yang juga Pengerusi PAN Pulau Pinang turut mengumumkan sekurang-kurangnya 56 orang kepimpinan PAS dari lima kawasan di negeri itu telah menyertai jawatankuasa penaja parti baharu itu.