Sebarang kerjasama PKR dengan pakatan baharu yang bakal diwujudkan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya akan diputuskan selepas mengetahui agenda utama bekas Perdana Menteri itu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan hanya akan bersetuju seandainya misi penubuhan parti baharu Dr Mahathir selari dengan agenda reformasi yang diperjuangkan parti itu selama ini.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan, ia merupakan bukti semangat demokrasi dan menyuburkan sepakat pakatan harapan yang diamalkan selama ini.
BACA: PAS tidak terburu-buru sertai pakatan pembangkang diketuai Dr Mahathir
BACA: Tun Mahathir tubuh parti baharu kerana tidak diterima Pakatan Harapan - Mohamed Nazri
BACA: Sejarah penyingkiran Anwar Ibrahim bakal berulang - Gerakan
"Kalau semangat demokrasi, kita meraikan penubuhan parti baharu kerana ia menyuburkan namun suasana demokrasinya tertakluk kepada agenda dan ideologi parti.
"Sekiranya parti ini bersetuju dengan reformasi, kita akan beri kerjasama dengan sesiapa yang ada agenda reformasi itu," katanya semasa semasa sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama.
Rumah Selangorku adalah Dasar Perumahan Negeri Selangor untuk merealisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'.
Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami.
BACA: PKR pertimbang sama ada sertai parti baharu Tun Mahathir
Sebelum ini Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan satu pakatan pembangkang baharu yang akan dianggotai oleh parti-parti politik pembangkang untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Dr. Mahathir berkata, pakatan berkenaan akan disertai DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) serta sebuah parti baharu yang akan ditubuhkan oleh beliau dalam masa terdekat dengan matlamat utama untuk menewaskan Barisan Nasional (BN).
Menurut Dr. Mahathir, sebarang perbezaan pendapat antara parti yang menganggotai pakatan baharu itu akan diketepikan bagi memastikan matlamat utama untuk menewaskan BN dalam PRU-14 akan datang tercapai dan membentuk kerajaan baharu untuk negara ini.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti itu masih belum membuat keputusan berhubung kerjasama dengan cadangan parti baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tegasnya, PKR juga belum mengadakan perbincangan serius mengenai pelawaan bekas Perdana Menteri membentuk pakatan pembangkang baharu.
Azmin sebelum ini mempertahankan penyertaannya dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai Dr Mahathir.
Katanya, Deklarasi Rakyat yang turut disertai kepimpinan utama DAP dan PAN itu juga sudah dimasukkan dalam agenda reformasi yang sering dilaungkan PKR.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 19 2016
Kata Datuk Seri Azmin, sekiranya parti baharu itu nanti bersetuju dengan reformasi, parti itu akan beri kerjasama dengan sesiapa sahaja. - Gambar fail
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.