Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Harapan dilihat cenderung membincangkan isu politik berbanding membela nasib rakyat.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata pakatan itu lebih banyak mencipta isu baharu bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sedia ada supaya mereka mudah melupakan isu-isu tersebut.
"Hari ini cara mereka jika tidak boleh selesaikan masalah, mereka (Pakatan Harapan) akan cipta masalah baharu. Contohnya jika mereka nak lupakan masalah mereka dengan PAS mereka cipta sendiri kononnya empat anggota daripada Parti Keadilan Rakyat nak lompat parti.
"Jadi semua orang akan bercerita hal ini...siapa yang mulakan cerita ini jika tidak sesama mereka. Jadi inilah cara mereka untuk mengalih sesuatu isu supaya rakyat lupa isu sedia ada yang mana akhirnya kerajaan Selangor lebih banyak berbincang mengenai politik daripada membela nasib rakyat," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian kempen #YOUCANDOIT sempena Hari Belia Negeri Selangor di sini, hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata demikian ketika mengulas mengenai pentadbiran kerajaan negeri Selangor ekoran pergolakan dalaman kerana mempunyai pemimpin berlainan ideologi sehingga menjadikan kepimpinan kerajaan negeri terumbang-ambing serta timbul pelbagai masalah.
Noh menyifatkan sikap Pakatan Harapan yang lebih gemar mencipta isu-isu politik seperti ''cakap tak serupa bikin'' sehingga membuatkan mereka tiada masa untuk menyelesaikan masalah rakyat.
"Antara masalah yang masih membelenggu kerajaan Selangor kini adalah masalah sampah yang masih tidak selesai, demam denggi masih tertinggi berbanding negeri lain serta pembangunan tanpa mengambil kira masalah rakyat," katanya.
Sementara itu, Program #YOUCANDOIT anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang diadakan bersempena Hari Belia Negeri Selangor 2017 bertujuan menyediakan peluang meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah (B40) terutamanya golongan suri rumah, pelajar serta belia melalui platform digital.
Program itu juga bertujuan menggalakkan para belia menceburi ekonomi digital terutamanya dalam program e-Usahawan yang menginstitusikan keusahawanan digital melalui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk memanfaatkan peluang-peluang ekonomi yang boleh didapati dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2017
Noh menyifatkan sikap Pakatan Harapan yang lebih gemar mencipta isu-isu politik seperti ''cakap tak serupa bikin'' sehingga membuatkan mereka tiada masa untuk menyelesaikan masalah rakyat.
[LAPOR LANGSUNG] Tiga hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Hezbollah dan Israel saling berbalas serangan sejak permulaan perang di Gaza yang tercetus susulan serangan kumpulan Hamas pada tahun lepas.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
AWANI Ringkas: Banjir di Bosnia, tiada rakyat Malaysia terjejas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan MADANI komited kurangkan pinjaman, defisit fiskal - PM Anwar
Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara.
Polis, penyokong Imran Khan bertempur dalam protes di Islamabad
Dalam pertempuran dengan polis malam tadi, media tempatan melaporkan beberapa orang, termasuk adik perempuan Imran, ditahan.
Warga emas rugi RM108,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Mangsa diarahkan untuk memuat turun aplikasi Ats-Pro dan diberikan kredit wang berjumlah RM6,000 untuk membeli satu unit saham.
Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).
'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.
PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.