OPENAI secara rasminya mengumumkan penawaran Sora kepada umum, sekali gus membolehkan para pengguna ChatGPT Plus dan juga ChatGPT Pro menggunakannya untuk menjana video melalui input teks.


Ringkasan AI
  • OpenAI telah melancarkan Sora, membolehkan pengguna ChatGPT Plus dan Pro menjana video melalui input teks dengan resolusi sehingga 1080p dan durasi sehingga 20 saat.
  • Sora menawarkan ciri "Storyboard" untuk pengoptimuman bingkai video dan membenarkan penggunaan aset tersendiri.
  • Pengguna ChatGPT Plus hanya boleh memuat turun video dengan tera air, manakala pengguna ChatGPT Pro mendapat akses penuh dengan bayaran $200 sebulan.
  • Buat masa ini, akses kepada Sora adalah terhad dan tidak tersedia untuk pengguna ChatGPT Team, Enterprise, dan Edu. Anda boleh melayari laman rasmi Sora di Sora.com untuk maklumat lanjut.


Pengguna Sora boleh menjana video pada resolusi sehingga 1080p, dengan durasi sehingga 20 saat.

OpenAI turut menyatakan bahawa pengguna boleh menggunakan aset tersendiri dalam menghasilkan sesuatu video, atau turut menggunakan input teks dalam menjana video baharu sepenuhnya.

Ciri “Storyboard” turut disertakan untuk memudahkan pengguna mengoptimasikan sesuatu bingkai video untuk lebih sesuai dengan keperluan.

Sora ditawarkan untuk pengguna berbayar ChatGPT Plus secara terhad, dan juga pengguna ChatGPT Pro dengan lebih menyeluruh.

Pengguna ChatGPT Plus juga hanya boleh memuat turun video dengan tera air (watermark) – sekali gus akan memerlukan anda menggunakan ChatGPT Pro berharga $200 sebulan untuk menikmati ciri penuhnya.

Ini juga mungkin membuatkan lebih ramai melanggan ChatGPT Pro, selari keperluan untuk penjanaan video yang menggunakan pemprosesan lebih tinggi.

Buat masa ini, akses kepada Sora ditawarkan secara terhad. Semakan kami sendiri melalui laman rasmi tidak membenarkan aksesnya lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman rasmi Sora di Sora.com. Sora tidak ditawarkan untuk pengguna ChatGPT Team, Enterprise dan Edu. -Amanz