Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan dari beberapa pihak yang mahu menjadikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah... dia orang muda," kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed pada sidang media yang diadakan selepas persidangan Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 anjuran PAS yang diadakan di Stadium Tertutup MPSJ, Serdang Jaya pada Sabtu.
Kata Mahfodz, mereka lebih menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau lebih berpengalaman dan lama di dalam PAS.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan terakhir kes liwatnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.
Haider Yutim
Sat Feb 21 2015
Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan melantik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar (gambar) sebagai Ketua Pembangkang yang baharu. - Gambar Fail
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Putus hubungan dengan DAP, ketetapan Muktamar PAS jelas - Dr Mujahid
Rabu lepas, Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas.
Memahami hukum hudud
Fakta mengenai hukum hudud dan pindaan yang dibuat mengenainya.
Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda PAS Pulau Pinang pertahan Abdul Hadi
Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda PAS Pulau Pinang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.
Hudud: Kenapa perlu ikut kata DAP? - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS Pusat hari ini tetap dengan pendirian mereka untuk melaksanakan hukum hudud, meskipun ianya ditentang oleh sekutu mereka DAP.
Nurul Izzah terlalu muda sebagai Ketua Pembangkang - Dewan Ulama PAS
Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan melantik Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.
PAS tidak kisah jika terpaksa keluar PR - Dewan Ulama
PAS bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan perbezaan pendapat mengenai MB Selangor.