Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini dijangka membincangkan mengenai nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam parti itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempengerusikan mesyuarat MT ini, yang pertama selepas pilihan raya negeri Sarawak, bermula jam 3 petang Jumaat.
Muhyiddin dan Mukhriz sebelum ini digantung daripada jawatan dalam parti.
BACA: Jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO digantung serta-merta
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Sabtu lalu berkata, ianya terpulang kepada anggota mesyuarat sama ada ingin membuat keputusan mengenai kes Muhyiddin dan Mukhriz ataupun tidak.
"Bagaimanapun sebagai Setiausaha Agung tugas saya hanya membawa perkara ini ke Majlis Tertinggi.
"Sama ada ia akan diputuskan dalam sesi ini atau tidak, saya tak tahu," katanya.
Status kedudukan mereka dalam UMNO juga kini menjadi tanda tanya berikutan penglibatan mereka dengan ‘deklarasi Dr Mahathir’ Mac lalu.
Muhyiddin dan Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut Najib meletakkan jawatan.
Sementara kedudukan Shafie yang juga naib presiden UMNO, dipersoalkan gara-gara kritikannya terhadap pentadbiran parti berkenaan serta beberapa isu lain.
Astro Awani
Fri May 27 2016
![Nasib Muhyiddin, Mukhriz ditentukan mesyuarat MT UMNO hari ini? Nasib Muhyiddin, Mukhriz ditentukan mesyuarat MT UMNO hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458129504_MuhyiddinMukhriz.jpg)
Muhyiddin (kiri) dan Mukhriz (kanan) sebelum ini digantung daripada jawatan dalam parti. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702113803_AhmadZahidHamidi.jpg)
Keputusan pecat Isham dibuat MT UMNO - Ahmad Zahid
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh MT parti tanpa perlu melalui Jawatankuasa Disiplin.
![Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681207233_larrysngnzuraida.jpg)
Zuraida tandatangani dokumen iktiraf saya sebagai presiden PBM - Larry Sng
Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Datuk Larry Sng mendedahkan bekas timbalannya Datuk Zuraida Kamaruddin ada menandatangani dokumen mengiktiraf sebagai presiden parti itu.
![Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679668883_ZahidHamidiSantun.jpg)
Pengukuhan UMNO tepis persepsi parti dalam cacamarba - Ahmad Zahid
Pengukuhan UMNO yang sedang dilakukan sekarang adalah untuk menepis persepsi kononnya parti itu kini dalam keadaan cacamarba.
![Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677770540_ZahidHamidi.jpg)
Semua ahli perlu akur dan patuh keputusan MKT UMNO - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti agar sentiasa akur dan patuh dengan keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO.
![Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655624292_TBPBBSYEDHAMZAH.jpg)
Pintu PBB kini terbuka kepada belia, medan bincang aspirasi anak muda - Syed Hamzah
PBB melakar sejarah dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
![Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647501293_KetuaPemudaUMNOD.jpg)
Belum terima cadangan tarikh PRU15 - Perdana Menteri
Sebarang perkara berkaitan Pilihan Raya Umum ke-g15 (PRU15) akan dibincangkan secara bersama di dalam parti, kata Ismail Sabri Yaakob.
![Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635165066_TBAbdelFattahBurhan.jpg)
Darurat diisytihar di Sudan, kerajaan dibubarkan
Ketua Majlis Tertinggi Sudan pada Isnin mengisytiharkan pelaksanaan darurat sekaligus membubarkan sistem pemerintahan negara itu.
![Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81623737821_pas.jpg)
Penangguhan pemilihan UMNO tidak sah, kata RoS
Ketua Pengarahnya Jasri Kasim menjelaskan ia disebabkan tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021.
![UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616906845_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO tarik diri: Perlu tindakan, fakta sokong kenyataan Ahmad Zahid - Pakar Perlembagaan
Ia (kenyataan Ahmad Zahid) masih perlu dibuktikan menerusi instrumen undang-undang sedia ada seperti akuan bersumpah.
![Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442031551_DatukZahidiZainul.jpg)
Mesyuarat MKT UMNO: Ahmad Zahid perlu berjiwa besar, letak jawatan demi parti - Zahidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berjiwa besar untuk mengundur diri selepas terpalit dengan kes mahkamah.