Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat agar menjauhi sikap sombong dan bongkak kerana sikap itu bukan amalan parti berkenaan.
Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah juga mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak merasa 'besar' apabila mereka dilantik sebagai pemimpin atau memegang apa-apa jawatan parti dan kerajaan.
Katanya, apabila rakyat memilih mereka sebagai pemimpin, kedudukan berkenaan bukan sebagai satu keistimewaan sebaliknya satu amanah yang diberikan untuk mereka memberi khidmat kepada rakyat.
"Jangan sekali-kali kita angkuh, sombong dan bercakap kasar kepada sesiapapun. Kita sebagai pemimpin mestilah bersopan santun. Kita mesti hormat-menghormati antara satu dengan yang lain. Ini cara kita, ini cara UMNO.
"Kita tidak mahu dilihat sebagai pemimpin yang bongkak dan sombong dan cakap sesuka hati. Itu bukan cara kita. Cara kita beradab...bukan sahaja kita hormat-menghormati sesama pemimpin tetapi juga dengan rakyat," katanya.
Musa berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa UMNO Zon 2 di Sepanggar malam tadi. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin, anggota Kabinet negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri Karambunai Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan.
Mengenai program berbuka mengikut zon berkenaan, Musa berkata ia merupakan program tahunan UMNO Sabah setiap kali menjelang bulan Ramadan untuk berbuka di enam zon seluruh negeri dan merupakan pendekatan turun padang pemimpin UMNO bertemu dan bermesra dengan anggota dan pemimpin parti peringkat akar umbi.
Katanya tahun ini, siri berbuka itu dimulakan di UMNO Zon 2 yang merangkumi UMNO Bahagian Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.
Menurut Musa melalui program berkenaan, kepimpinan UMNO Sabah dan anggota parti bukan sahaja boleh mengukuhkan silaturahim tetapi juga memberi ruang kepada pemimpin mendengar permasalahan rakyat serta berusaha menyelesaikannya.
Pada majlis berkenaan, Musa turut menyampaikan bantuan zakat dari Pusat Zakat Sabah kepada golongan asnaf serta bantuan hari raya kepada penduduk setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2017

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersalaman dengan penduduk tempatan Karambunai sejurus tiba di perkarangan Mesjid Al Kauthar Karambunai untuk majlis berbuka puasa . - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Musa ingatkan pemimpin UMNO jangan bongkak dan sombong
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu mengingatkan pemimpin parti itu supaya tidak merasa 'besar' apabila mereka dilantik sebagai pemimpin atau memegang apa-apa jawatan parti dan kerajaan.