Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir meminta maaf bagi pihak admin Mukhriz Mahathir FC yang dikatakan salah muat naik posting mengenai berita sumbangan USB1 bilion dari Sultan Brunei.
Beliau kesal dengan perkara itu dan berharap kesilapan itu tidak akan berlaku lagi.
"Saya minta maaf atas posting tersebut, ianya tidak sepatutnya berlaku.
"Posting itu gunakan sumber yang tidak dapat disahkan, perkara itu tidak akan berlaku, insyaALLAH,” katanya, dalam sidang media selepas ditemui pada Majlis Kenduri Rakyat dan Kesyukuran Parlimen Jerlun di Pusat Kegiatan Masyarakat (Kemas) Jerlun, Alor Biak, di sini, pada Selasa.
Sebelum itu, laman Mukhriz Mahathir FC memohon maaf berhubung posting mengenai sumbangan USD1 bilion yang dikatakan dari Sultan Brunei, mengakui ia tidak benar dan satu kesilapan di pihak admin.
Pada Isnin, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Baginda tiba 11.43 pagi dengan memandu sendiri kereta Mercedes serta diiringi rombongannya. Turut bersama baginda di dalam kenderaan itu Putera Abdul Mateen.
Difahamkan, ketibaan Sultan Brunei menjadikan kunjungan pertama pemimpin negara luar selepas Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Susulan pertemuan itu, gambar-gambar pertemuan ditular dalam media sosial kononnya dalam lawatan Sultan Brunei, beliau memberi sejumlah besar wang kepada kerajaan Malaysia untuk memulihkan ekonomi negara tanpa perlu dibayar balik.
BACA: Berita palsu! Dakwaan Sultan Brunei beri AS$1 bilion tidak benar - Jabatan Perdana Menteri
Sinar Harian
Tue May 15 2018
MUKHRIZ: 'Saya minta maaf atas posting tersebut, ia tidak sepatutnya berlaku.' - Gambar fail
MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Kes tikam: Khalida reda kehilangan suami, anak perempuan serentak
Isteri dan ibu kepada dua beranak yang maut ditikam di sebuah pangsapuri di Air Itam semalam, reda dengan pemergian dua orang tersayang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Norhizam dilantik Ketua Polis Daerah Sepang
ACP Norhizam Bahaman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sepang yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Rusia-Ukraine: Ukraine harus neutral jika mahu aman - Putin
Ukraine harus kekal berkecuali sekiranya mahu mempunyai peluang untuk keamanan dan sempadannya harus mengikut kehendak penduduk yang tinggal di wilayah yang dituntut Rusia.
Enjin bermasalah, pesawat Qantas berpatah balik
Juruterbang pesawat QF520 menyedari pesawat berkenaan mengalami kegagalan enjin sebaik sahaja berlepas.
Tahun 2024 paling panas dalam sejarah
Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus (C3S) Kesatuan Eropah memaklumkan tahun ini hampir pasti akan mengatasi 2023 sebagai tahun paling panas sejak suhu global mula direkodkan.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.
Ina Naim sah bergelar isteri jurutera
Penyanyi dan Usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor dengan sekali lazaf.
Mukhriz minta maaf
Beliau kesal dengan perkara itu dan berharap kesilapan itu tidak akan berlaku lagi.