Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar untuk berdebat mengenai kekayaan dimilikinya sehingga membolehkan beliau menjadi jutawan dengan aset berbilion ringgit.
Cabaran itu disuarakan bekas Pegawai Khas Politiknya, Haris Che Mat yang mengesahkan akan turun berdebat dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam yang juga bekas Menteri Besar Kedah itu mengenai topik berkenaan.
"Saya ingin menjemput Datuk Seri Mukhriz berdebat mengenai perkara bagaimana beliau boleh menjadi seorang multi-bilionaire dalam masa yang begitu singkat.
"Saya serta orang ramai khususnya ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya," katanya.
Mengulas lanjut, Haris yang juga Naib Ketua Bahagian UMNO Bahagian Pokok Sena berkata beliau mahu sesi debat itu diadakan sebelum bulan Ramadan atau hujung Mei nanti dan dianjurkan di dalam Parlimen Jerlun.
"Seingat saya Datuk Seri Mukhriz bukan dari keturunan hartawan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya di Taman Bunga Sena, di sini, pada Khamis.
Haris berkata sebagai seorang bekas pegawai, beliau mempunyai rahsia selain maklumat yang cukup mengenai kekayaaan dimiliki Mukhriz jika bekas menteri besar itu cuba memutarbelitkan fakta pada hari perdebatan itu nanti.
"Saya tidak mendedahkan fakta itu sekarang sebaliknya hanya akan mendedahkan segala bukti kekayaan bekas bos saya itu pada hari debat itu kelak," katanya.
Tambahnya, sudah tiba masa Mukhriz yang disifatkannya sebagai 'sangat kaya' mendedahkan faktor kekayaannya berikutan selama ini pembangkang hanya mempertikaikan kemewahan dimiliki pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Bagi saya ia adalah tidak logik bagi Mukhriz memiliki kekayaan membabitkan aset dalam dan luar negara hanya melalui warisan daripada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya.
Selain itu, katanya, kekayaan Mukhriz juga wajar dipertikaikan berikutan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu hanya memegang jawatan politik penting dalam BN tidak sampai tempoh 10 tahun sebelum ini.
Sebelum ini, Mukhriz juga pernah dicabar supaya tampil bersumpah dengan al-Quran bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai usaha pihak tertentu untuk mensabotaj tawaran awam permulaan (IPO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain menafikan tuduhan mahu menjadi perdana menteri dengan laluan mudah.
Astro Awani
Thu Mar 23 2017
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar untuk berdebat mengenai kekayaan dimilikinya sehingga membolehkan beliau menjadi jutawan dengan aset berbilion ringgit. -Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mukhriz dicabar berdebat tentang 'harta' miliknya
Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dicabar untuk berdebat mengenai kekayaan dimiliki bekas Menteri Besar itu sehingga membolehkan beliau menjadi jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit.