Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mensia-siakan peluang diberikan UMNO untuk mereka kembali ke pangkal jalan, menjadi punca pemecatan dan penggantungan keanggotaan mereka pada Jumaat lepas.
Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata parti mesti mengambil tindakan drastik kerana tidak mahu isu itu memecah-belahkan anggotanya.
"Sepatutnya lama dah kita (UMNO) ambil tindakan tetapi kita bagi peluang dan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dah hulurkan tangan pada perhimpunan agung parti yang lepas untuk berbaik-baik semula, tetapi tangan yang dihulur tidak diterima dan saranan daripada parti untuk melihat kepimpinan bersatu semula pun tidak diendahkan.
"Jadi jangan salahkan pucuk pimpinan terutama MT untuk membuat keputusan sebulat suara yang memecat kedua-dua tokoh tersebut dan menggantung keahlian Shafie," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bantuan kewangan kepada anak yatim, warga emas dan penduduk kurang kemampuan Kampung Siliau Baru di Rantau dekat sini hari ini.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata sebagai anggota UMNO dan pernah memegang jawatan tinggi dalam parti, ketiga-tiga mereka sepatutnya lebih faham akan peraturan parti.
"Adalah satu perkara yang amat tidak patut, yang amat tidak boleh diterima oleh parti kerana ahli parti duduk bersama-sama ahli pembangkang di atas satu platform yang sama untuk menjatuhkan parti dan kepimpinan parti seterusnya menjatuhkan kerajaan," katanya.
Sementara itu, Anggota Parlimen Jempol yang juga Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berpandangan isu pemecatan kedua-duanya harus dilakukan lebih awal ekoran pembabitan mereka di pentas pembangkang bertujuan menjatuhkan presiden parti.
"Dalam parti mana sekali pun bila ada pemimpin bersama dengan parti pembangkang secara terbuka pula mengkritik kerajaan ini satu perbuatan yang salah' katanya.
Mohd Isa berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa rakyat kawasan Parlimen Jempol bersama-sama Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Masjid Jamek Batu Kikir, Jempol semalam.
Sementara itu di KOTA KINABALU, Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu menyokong penuh keputusan MT memecat Muhyiddin dan Mukhriz atas kesalahan disiplin serta penggantungan keanggotaan Mohd Shafie.
Ketuanya Mohd Bahrin Abd Karim berkata, keputusan MT UMNO itu amat wajar demi menjaga keutuhan parti.
"Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu yakin tindakan disiplin termasuk memecat dan menggantung keahlian ahli UMNO yang melanggar disiplin parti amat tepat dan wajar supaya UMNO terus teguh, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa pergerakan itu bersama pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid Bandaran Kota Kinabalu dan orang kurang upaya di sini semalam.
Mohd Bahrin berkata, sekiranya tindakan tegas tidak diambil terhadap ahli UMNO yang melanggar disiplin dan mensabotaj parti, ia akan melemahkan UMNO yang merupakan tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri.
Bernama
Sun Jun 26 2016
Parti mesti mengambil tindakan drastik kerana tidak mahu isu itu memecah-belahkan anggotanya.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Muhyiddin, Mukhriz, Shafie sia-siakan peluang diberi UMNO - Mohamad
Tindakan TS Muhyiddin Yassin, DS Mukhriz Tun Dr Mahathir dan DS Mohd Shafie Apdal yang mensia-siakan peluang diberikan UMNO untuk mereka kembali ke pangkal jalan, menjadi punca pemecatan mereka.