TANAH MERAH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk mengutarakan beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Muhyiddin, yang juga Presiden Bersatu berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan.
"Saya telah berjumpa dengan Perdana Menteri beberapa hari yang lepas, di mana saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan, bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.
"Kita tidak minta lebih daripada (perjanjian) itu tetapi hanya soal pelantikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri, serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun serta peruntukan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin, yang telah mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia.
Terdahulu, Muhyiddin merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera PN Peringkat Kelantan di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi PN Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata Bersatu dan Pas setakat ini telah membuat keputusan akan menggunakan logo PN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
"Perkara ini turut dipersetujui oleh Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan ia boleh disahkan oleh kepimpinan Pas. Sebagai contoh di Johor, parti yang bertanding bukan Bersatu sahaja sebaliknya Pas juga.
"Itu keputusan saya terima dan saya fikir keputusan itu masih kekal sehingga kini. Bagaimanapun, dari segi agihan kerusi ia belum diputuskan lagi," katanya.
Beliau turut mengakui ada beberapa parti yang cuba 'mengetuk pintu' untuk menyertai PN, namun pihaknya berhati-hati untuk menerima.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Muhyiddin berkata pertemuan itu telah diadakan beberapa hari lalu supaya perjanjian PN dengan Perdana Menteri sebelum ini, dapat dipertimbangkan. - Gambar/ Astro AWANI
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PN, FMM bincang cara pertingkat daya saing, cipta faedah ekonomi mampan
Perbincangan bagi membantu komuniti perniagaan mewujudkan persekitaran perniagaan yang proaktif dan menjamin dasar mesra perniagaan.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

Kami mahu tahu betul atau tidak wujud Titah Adendum - Hamzah
Beliau dan rakan dalam PN berbuat demikian selepas dimaklumkan bahawa memang wujud Titah Adendum berkaitan kes bekas Presiden UMNO terbabit.

SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.

SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.

‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.

Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.