KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamad Hassan menegaskan sebarang keputusan mengenai status Muafakat Nasional (MN) iaitu kerjasama UMNO dan Pas hanya akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kelak.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, meskipun pelbagai pandangan dilontarkan sesetengah pihak mengenai status kerjasama di antara dua parti itu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, namun, pada akhirnya, hanya MKT akan membuat keputusan.
Dalam masa sama, Mohamad berkata, setiap pandangan dan nasihat akan dibincangkan di peringkat pucuk pimpinan sebelum keputusan dibuat.
"Biar parti (UMNO) buat keputusan… nasihat saya biar parti buat keputusan. Kepimpinan macam Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) telah menberikan pandangan, kita akan bincang dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO.
"Kita akan bincang dalam Majlis Kerja Tertinggi, pandangan dan nasihat oleh Presiden parti dan pandangan lain. Sebab ini keputusan parti… biasalah itu orang nikah, kahwin dan cerai itu biasa," jelas beliau.
Mohamad berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Wacana Aspirasi UMNO bertajuk "Menggalas Perjuangan, Mendepani Cabaran" Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-76 di Menara Dato Onn di sini, pada Rabu.
Menurut Mohamad, walaupun ada pemimpin UMNO yang mengeluarkan pendapat mengenai MN, namun, itu disifatkan sebagai pendapat peribadi mereka.
Dalam sidang media itu, Mohamad mengulangi penegasannyan agar tiada andaian dibuat sekali gus mengeruhkan lagi keadaan.
"Kita sudah sampai surah terakhir… tunggu nak khatam tetapi belum lagi, jadi kita akan buat keputusan di peringkat parti.
"Saya harap mana-mana individu baik daripada UMNO dan mana juga parti, biar parti buat keputusan. Jangan buat andaian, tidak usah kelam kabut, biar parti buat keputusan nanti," tegas beliau lagi.
Fareez Azman
Wed May 11 2022
![Muafakat Nasional: Tidak perlu buat andaian, biar parti buat keputusan - Timb Presiden UMNO Muafakat Nasional: Tidak perlu buat andaian, biar parti buat keputusan - Timb Presiden UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-09/51567841829_UmnoPas.jpg)
Status Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas hanya akan ditentukan Majlis Kerja Tertinggi, tegas Datuk Seri Mohamad Hassan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702179626_TBradarGroundMaste.jpg)
Malaysia tingkatkan kemampuan pertahanan udara dengan GM400 Alpha
Sistem radar Ground Master 400 Alpha ini merupakan peningkatan signifikan terhadap infrastruktur pertahanan Malaysia yang sedia ada.
![Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695460356_MohamadHasan.jpg)
Kerajaan setuju laksana semula PLKN, latihan di kem tentera, Pulapol
Kerajaan akan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang akan melalui modul yang berbeza berbanding sebelum ini.
![Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686242133_TBTokMat.jpg)
Cabaran menanti PH-BN pada PRN tidak boleh dipandang ringan - Mohamad
Dinamika politik hari ini menuntut semua pihak bekerja keras untuk mencipta kemenangan.
![Saya boleh kata dua juta masuk UMNO - Mat Hasan jawab Annuar Musa Saya boleh kata dua juta masuk UMNO - Mat Hasan jawab Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686399241_TBMohamadHasan.jpg)
"Saya boleh kata dua juta masuk UMNO" - Mat Hasan jawab Annuar Musa
Terpulang kepada bekas Setiausaha Agung UMNO itu untuk membuat kenyataan, namun, biarlah munasabah.
!['Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad 'Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683022017_MohamadHasan.jpg)
'Jika terbukti, anggota TUDM terlibat kes buli pelatih boleh dibuang kerja' - Mohamad
Kementerian Pertahanan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja dalam kes pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa membuli lima pelatih pasukan itu.
![Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini? Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668710294_KhairyJamaluddin.jpg)
Status Khairy Jamaluddin dalam UMNO diketahui petang ini?
Nasib dan kedudukan KJ akan diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO.
![PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673699320_TBzahidhamidi.jpg)
PRN: UMNO lantik Menteri Angkat atur strategi di 6 negeri
UMNO akan terus memastikan kesiapsiagaan jentera parti itu berada pada tahap optimum bagi menghadapi Piliha Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi membabitkan enam buah negeri.
![PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668681074_TBTOKMAT.jpg)
PRU15: BN mampu tubuh kerajaan, tiada isu besar yang beri ancaman
Mohamad yakin BN mampu membentuk kerajaan pada PRU15 berdasarkan maklumat terkini kajian sikap pengundi yang berpihak kepada UMNO.
![Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660800222_MohamadHasan.jpg)
Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.
![Permohonan PBM, lima parti lain sertai BN diteliti - Mohamad Permohonan PBM, lima parti lain sertai BN diteliti - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660034196_TBTOKMAT.jpg)
Permohonan PBM, lima parti lain sertai BN diteliti - Mohamad
Penelitian mendalam akan dibuat terlebih dahulu sebelum penilaian atau merit diberi.