SEBERANG JAYA: Pas akan menunggu UMNO selesai mengadakan mesyuarat dengan lima pemimpin tertinggi (‘Top 5’) parti itu untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebelum memuktamadkan pendirian mereka berhubung kerjasama kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak mahu terburu-buru selain mengambil pendekatan menunggu serta sentiasa terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti termasuk UMNO.
Menurut beliau, masih panjang masa untuk Pas dan UMNO mengadakan rundingan kerana sehingga kini tarikh pembubaran Parlimen dan PRU15 masih belum diputuskan.
“Kita (Pas) tunggu dahulu keputusan MT (Majlis Tertinggi) UMNO… mereka pun belum bermesyuarat lagi, kita ini sangat general, kita sedia untuk berunding dengan mana-mana parti politik di Malaysia, kita terbuka untuk berbincang dengan mana-mana parti termasuk pembangkang, termasuk dengan UMNO,” kata Takiyuddin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai rundingan MN selepas menghadiri majlis pelancaran Projek Pengukuhan Bekalan Elektrik melalui Sambungtara Talian Atas di Pulau Pinang, di sini, pada Khamis.
Beliau turut memberitahu, perbincangan dan rundingan mengenai MN sentiasa diadakan pihaknya bersama-sama dengan parti lain dan tidak bergantung pada tarikh pembubaran Parlimen semata-mata.
Sebelum ini, Takiyuddin berkata, Pas kekal menganggap UMNO sebagai rakan kerjasama dan tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dan konsep khemah besar pada PRU15.
Keputusan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang memutuskan parti itu komited dan konsisten dengan agenda penyatuan ummah .
Dalam masa sama, beberapa pimpinan UMNO sebelum ini, mendesak Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menutup terus pintu rundingan dengan Pas pada PRU15.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 15 2022
![Muafakat Nasional: Pas tunggu 'Top 5' UMNO selesai mesyuarat Muafakat Nasional: Pas tunggu 'Top 5' UMNO selesai mesyuarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663227925_TakiyuddinHassan.jpg)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak mahu terburu-buru selain mengambil pendekatan menunggu serta sentiasa terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana parti termasuk UMNO. - Gambar Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711184137_NohOmar.jpg)
Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.
![Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712107602_AnnuarMusajpg.jpg)
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
![Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710601337_TBZAHIDTANAHMERAH.jpg)
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
![Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708865035_TBZahidHamidi.jpg)
Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.
![PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690702094_BadrulHisham.jpg)
PRN: MN Negeri Sembilan rancang buat siri laporan polis terhadap pemimpin kerajaan
Beberapa siri laporan polis terhadap pimpinan Kerajaan Perpaduan akan dibuat bermula hari ini atas dakwaan menyalahgunakan kedudukan dan jentera kerajaan bagi tujuan kempen pilihan raya negeri (PRN).
![Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81686407695_TanSriAnnuarMusa.jpg)
Keahlian diterima, Annuar Musa kini sah ahli Pas
Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh itu turut menerima sijil keahlian Perikatan Nasional (PN) daripada presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681969794_TBAHMADMASLANjpg.jpg)
Kerajaan Perpaduan tidak boleh gagal seperti Muafakat Nasional
Kegagalan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas harus dijadikan pengajaran agar tidak berulang dalam Kerajaan Perpaduan.
![Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682864882_AnnuarmusaTunM.jpg)
Annuar Musa bertemu Tun Mahathir, bincang isu semasa politik negara
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa mengadakan pertemuan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya pada Ahad.
![Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682751338_AnnuarMusa.jpg)
Saya akan pilih parti yang 'berhaluan baik' - Annuar Musa
Presiden Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa menegaskan akan memilih dan menyertai parti politik yang 'berhaluan baik' sebaik kembali aktif berpolitik selepas Syawal.
![Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81682570158_AnnuarMusatunggu.jpg)
Hala tuju politik: Tunggu habis puasa enam - Annuar Musa
Annuar berkata, buat masa ini beliau mahu menyelesaikan dulu ibadat sunat tersebut.