Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa laporan audit yang diisytihar ke atas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) pada tahun 2018 adalah satu pembohongan.
Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) turut menjangkakan laporan audit khas LTAT akan diisytiharkan dalam masa terdekat.
“Audit yang diisytihar tahun 2018 dulu bohong. Siapa dalam tabung angkatan tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.
“Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu,” katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Kampung Mambau, Negeri Sembilan.
Sebelum itu dalam ucapannya, Mohamad turut menyatakan pergolakan yang berlaku dalam institusi kewangan, Tabung Haji sebelum ini.
“Tabung Haji sebelum ini diselamatkan oleh perbadanan kewangan. Itu baru Tabung Haji.
“Tak lama lagi tabung angkatan tentera pula yang akan diisytihar,” jelasnya.
Terdahulu pada Mac lepas, Mohamad berkata, pengumuman dividen LTAT masih belum dibuat kerana terdapatnya masalah pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Pengumuman tersebut juga akan mengambil masa selepas menerima beberapa teguran sebaik sahaja proses audit dijalankan.
NOTA: Pada Isnin, 8 April 2019, Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataan media yang memberitahu bahawa beliau sebenarnya memaksudkan laporan kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan bukannya laporan audit, bagi merujuk kepada ceramahnya di Rantau, Negeri Sembilan pada Ahad malam. Tambahnya, laporan kewangan sedang dalam proses disediakan oleh LTAT dan akan dikeluarkan dalam jangkamasa terdekat.
Sahlizah Mohamed
Sun Apr 07 2019

MOHAMAD SABU: Sampai bila nak main politik macam tu? - Padu Photo

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas

Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.

LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan LTAT dan Felda mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Raja Mohamed Affandi letak jawatan Pengerusi LTAT secara sukarela - Mohamed Khaled
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor meletakkan jawatan itu secara sukarela.

LTAT akan ambil alih baki saham dalam Boustead Plantations
LTAT akan mengeluarkan notis berkenaan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat bagi semua baki saham dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant).

Boustead mula strategi baharu selepas nyahsenarai
Boustead akan mula melaksanakan strategi baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang untuk memperhebatkan lagi transformasi kumpulan di bawah struktur pegangan saham baharu.

Penswastaan Boustead Holdings terus raih momentum - LTAT
Pada masa ini, pegangan LTAT dalam BHB adalah 90.49 peratus yang dikumpul antara lain daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka.

LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun
Ahmad Nazim berkata pendedahan besar pelaburan LTAT dalam Boustead menyebabkan dana persaraan itu sukar untuk menikmati pulangan dividen sebenar.

LTAT keluar tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat kepada BHB
Lembaga Tabung Angkatan Tentera hari ini mengumumkan bahawa telah mengeluarkan Notis mengenai tawaran pengambilalihan secara sukarela bersyarat (Tawaran) kepada Lembaga Pengarah Boustead Holdings.

Pencarum LTAT dibenarkan lakukan pengeluaran khas untuk ringankan beban - Hishammuddin
Ujar Ahli Parlimen Sembrong itu, jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara 'one off'.

Kadar dividen 2021 LTAT sebanyak 4.1 peratus - PM Ismail Sabri
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan kadar dividen sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2021.