SHAH ALAM: Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menegaskan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik.
Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, perkara tersebut tidak akan berlaku ekoran enggan melihat lebih banyak parti yang memecahbelahkan orang Melayu, kerana itu prinsipnya sejak berkecimpung dalam politik.
"Saya beri jaminan MN tidak boleh jadi parti. Kalau saya ada peluang, ruang, saya nak lihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ahli UMNO yang keluar parti, kembali bersama. Ahli Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga kembali kepada UMNO, biar tinggal UMNO dan Pas sahaja serta parti-parti lain.
“Saya percaya dalam konteks membangunkan bangsa terutama negara majmuk seperti Malaysia, kena ada tiang seri dan ia mesti datang daripada kelompok teras iaitu bumiputera dan orang Melayu.
“Jika kaum majoriti dan kelompok teras ini tidak berpecah belah, maka ia jadi tiang seri dan asas, tetapi perpaduan itu jangan benci orang lain, menafikan hak kaum lain, (jadi) fanatik agama.
"Pokok pangkalnya, parti orang Melayu kena kembali kepada garis panduan dalam al-Quran dan sunnah,” katanya pada program Sinar Live bertajuk 'Apa khabar Annuar Musa?’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.
Dalam pada itu Annuar turut mendedahkan, kerjasama antara Pas dan UMNO menerusi gagasan MN telah digagalkan oleh individu yang berkepentingan hingga menyebabkan permuafakatan tersebut gagal diteruskan.
Katanya, beliau mengetahui terdapatnya gerakan yang dilaksanakan bertentangan dengan keputusan dipersetujui ketika penubuhan gagasan berkenaan.
“Sebagai Setiausaha Agung MN ketika itu, saya bergerak untuk menggabungkan lebih banyak parti Melayu dan sebagainya, (tetapi) ada orang tertentu pergi 'pusing' buat jajaran baharu secara senyap-senyap.
“Saya tak nak dedahkan secara terbuka ketika itu kerana tidak mahu parti berkecamuk, tetapi saya tahu lebih awal.
"Saya tahu dengan tepat usaha dibuat di belakang, lari dari keputusan MN sedangkan ia diputuskan dalam Mesyuarat Tertinggi (UMNO), Biro Politik dan Perhimpunan Agung UMNO manakala Pas pula (diputuskan) dalam Dewan Syura dan muktamar.
"Sampai hari ini belum terombak,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 29 2022
ANNUAR: Saya percaya dalam konteks membangunkan bangsa terutama negara majmuk seperti Malaysia, kena ada tiang seri dan ia mesti datang daripada kelompok teras iaitu bumiputera dan orang Melayu. - Gambar fail
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan
Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.
Malaysia libat diri secara aktif dengan negara ASEAN kukuhkan ketersambungan tenaga - Fadillah
Melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.