KUALA LUMPUR: Tindakan seorang bekas penolong penyiasat polis berpangkat sarjan menerima rasuah RM6,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki atas kesalahan mencabul, dua tahun lalu mengundang padah apabila dia dikenakan hukuman RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin.
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Mahkamah memerintahkan Nur Mastisha dipenjara 40 hari jika gagal membayar denda.
Sebelum menjatuhi hukuman, hakim ini menasihati tertuduh supaya insaf dan berfikir secara mendalam sebelum mengambil tindakan di masa depan.
“Kes ini bukan sahaja memberi kesan kepada tertuduh, malah anak kamu yang masih kecil,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Nur Mastisha didakwa menerima wang RM6,000 daripada seorang lelaki, yang mana tertuduh mengetahui bahawa individu itu ada hubungan dengan kerja selaku anggota polis.
Kesalahan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras, pada 1 dan 12 Oktober 2022 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.
Mengikut fakta, tertuduh mencadangkan untuk menyelesaikan kes tanpa menjalankan siasatan bagi kesalahan mencabul, didakwa dilakukan anak lelaki berkenaan, dengan cara membayar wang.
Semasa prosiding, Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam, merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia tidak pernah terbabit dalam kes jenayah, sepanjang berkhidmat sebagai anggota polis, selama 19 tahun.
"Ini merupakan kes rasuah pertama yang saya hadapinya dan saya anggapnya sebagai ujian.
“Saya perlu menyara dua anak dan menanggung hutang sebanyak RM4,500 setiap bulan, malah saya tidak lagi bertugas sebagai penjawat awam, sekali gus menyukarkan saya untuk mendapat pekerjaan baharu,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Atiqah Mohamad Alias berkata, kesalahan rasuah telah menconteng arang ke muka PDRM (Polis Diraja Malaysia), selain merosakkan reputasi dan mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap pasukan penguatkuasa itu.
“Lebih-lebih lagi, fakta kes yang diakui, tertuduh memperoleh wang suapan untuk dirinya supaya tidak mengambil tindakan ke atas suspek jenayah seksual," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 13 2024

Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.