MIC yang berdepan tindakan pembubaran diberi masa oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sehingga 120 hari untuk menyelesaikan isu pemilihan parti tersebut.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presidennya, Datuk M Saravanan selepas pertemuan dengan ROS sebentar tadi.
Katanya, permohonan melanjutkan tempoh tersebut telah dipersetujui oleh ROS melalui surat oleh bekas setiausaha parti itu, Prakash Rao bertarikh 2 Januari 2015.
“MIC tidak akan dibubarkan dalam masa terdekat, kerana MIC melalui mantan setiausahanya Prakash Rao telah menghantar surat kepada ROS bertarikh 2 Januari memohon melanjutkan tempoh masa 60 hingga 90 hari untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam surat tersebut, Saravanan memberitahu, Prakash telah mencadangkan agar ROS memberi tempoh 60 hari kepada cawangan, 90 hari kepada bahagian dan 120 hari untuk MIC peringkat pusat bagi menyelesaikan isu yang dihadapi.
Beliau turut memohon presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel untuk mengadakan satu mesyuarat khas bersama majlis tertinggi MIC dan menubuhkan jawatankuasa baharu setelah ROS melabelnya sebagai tidak sah.
“Berdasarkan dokumen-dokumen ROS, jawatankuasa sedia ada tidak sah sehingga kita buat pemilihan semula.
“Maka dengan keputusan ROS ini, saya percaya pelantikan setiausaha agung dan bendahari sedia ada juga tidak sah kerana mereka dipilih pada pemilihan parti 2013,” katanya.
Saravanan akur dengan keputusan ROS serta berterima kasih kerana memberikan parti itu peluang untuk memperbetulkan keadaan.
Menyentuh tentang desas-desus yang mengatakan MIC akan dibubarkan hari ini, Saravanan berkata surat daripada ROS bertarikh 5 Disember itu hanyalah cadangan dan bukannya notis.
Bagaimanapun, ROS telah mengeluarkan notis pada 31 Disember 2014 mengarahkan parti itu membuat pemilihan semula dalam tempoh 30 hari untuk mengelakkan ia dibubarkan.
Namun, MIC telah merayu agar tempoh itu dilanjutkan sehingga 120 hari bagi menyelesaikan kemelut pemilihan parti yang melanda.
“Arahan oleh ROS dikeluarkan ialah 31 Disember… surat itu ialah cadangan sahaja, jadi dia tidak boleh bubar hari ni.
“Hari ini, ROS bagi klarifikasi bahawa surat 5 Disember tu ialah cadangan bukan arahan, arahan dikeluarkan pada 31 Disember,” kata Saravanan lagi.
Pada 5 Disember lepas, ROS mengarahkan MIC untuk mengadakan pemilihan baru bagi 23 jawatankuasa kerja pusat (CWC) dan tiga jawatan Naib Presiden dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan penyelewengan dan pelanggaran perlembagaan parti dan Akta Pertubuhan.
Palanivel sebelum ini dilaporkan berkata dia dan timbalannya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada ROS susulan arahan untuk mengadakan pemilihan baharu.
Palanivel juga dilapor memaklumkan akan bertemu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan isu itu.
MIC sepatutnya mengadakan perhimpunan agung tahunannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dengan sayap Wanita, Putera dan Puteri Ahad lepas dengan perhimpunan agung parti dijadualkan pada 13 dan 14 Disember.
Haider Yutim
Mon Jan 05 2015
MIC diberi masa sehingga 120 hari untuk menyelesaikan isu pemilihan parti tersebut. -Gambar fail
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
Saravanan kekal sebagai Timbalan Presiden MIC buat kali kedua
Datuk Seri M. Saravanan mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden MIC selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding.
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak akan dipertanding pada Pemilihan MIC 2024
Perhimpunan Agung MIC ke-77 hari ini sebulat suara meluluskan dua resolusi termasuk tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu pada 2024.
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pasca PRU15: Sudah ada pilihan hati - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan memberi bayangan bahawa sudah ada pilihan hati dibuat berhubung gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang - Saravanan
M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Bukan senang ambil hati golongan belia - Saravanan
Beliau berkata belia kini khususnya yang berumur 18 tahun ke atas amat matang dan mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara.