MIC Sabah berhasrat bertanding satu kerusi sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, dapat mempertimbangkan permintaan itu.
"Datuk V. Jothi (pengerusi MIC Sabah) ada minta agar MIC Sabah mainkan peranan yang lebih di Sabah.
"Kami berharap ketua menteri Sabah boleh beri perhatian sewajarnya supaya masyarakat India yang ada di sini diberi peluang memainkan peranan dalam politik di Sabah dengan lebih bermakna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC Sabah Ke-18, di sini hari ini.
Katanya selain membantu masyarakat India dari segi memenuhi harapan dan hasrat mereka di negeri ini, MIC juga boleh menyumbang kepada pembangunan Sabah pada keseluruhannya.
Dalam perkembangan lain, Dr Subramaniam, yang juga menteri kesihatan, berkata dalam tempoh beberapa hari lepas tidak ada kes baharu Zika dikesan di negara ini.
Mengulas kes pertama di Sabah membabitkan seorang lelaki berusia 61 tahun di Likas pada akhir bulan lepas, beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu telah melawat anaknya di Skudai, Johor sebelum disahkan dijangkiti virus itu.
"Bagaimanapun, kita tidak dapat tentukan sama ada mangsa mendapat Zika melalui jangkitan di Johor atau di Sabah.
"Kita sedia maklum virus ini bukan baharu dan kita pernah ada kes pada 1953 dan 1976 (di negara ini)," jelasnya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2016
Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berharap Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, dapat mempertimbangkan permintaan itu. - Gambar fail
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Kerusi Stadium Shah Alam diberi percuma kepada PBT, pejabat daerah
Kerusi Stadium Shah Alam yang masih boleh digunakan akan ditawarkan secara percuma kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah di negeri ini.
Dituduh curi wang, warga emas dipukul anak dengan kerusi
Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah suspek yang berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wang sebanyak RM1,500.
PRU15: UMNO Alor Setar yakin rampas semula dua kerusi DUN
Dua DUN berkenaan adalah Suka Menanti dan Alor Mengkudu yang telah dimenangi PH dalam PRU14.
PN sokong agihan kerusi PRU15 diselesaikan awal - Muhyiddin
Meskipun belum diputuskan secara rasmi, langkah itu bagi membolehkan gerak kerja awal oleh jentera setiap parti komponen dapat dilakukan.
MCA masih belum bincang mengenai kerusi PRU, PRN Johor - Wee
MCA masih belum berbincang mengenai kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRU15: Rundingan agihan kerusi Bersatu, Pas capai 30 peratus - Ahmad Faizal
Rundingan pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Bersatu dengan PAS bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kini mencapai 30 peratus dan dijangka diselesaikan secepat mungkin.
PRU15: Pas tangguh rundingan sementara UMNO selesaikan masalah dalaman - Abdul Hadi
Pada masa sama, kata Abdul Hadi, pihaknya masih mempunyai hubungan baik dengan parti terbesar Melayu itu.
Bertandinglah di Seputeh, di Bukit Bintang, jangan kacau kerusi UMNO - Ahmad Maslan
Ahmad menjelaskan, kerusi-kerusi yang dimenangi ketika PRU14 adalah milik UMNO dan ia wajar diserahkan kembali kepada parti itu.
Hamzah sedia strategi pertahan kerusi Parlimen Larut
Beliau berkata ia merupakan amalan biasa dalam politik untuk setiap parti bertanding meletakkan calon dan mengatur strategi masing-masing bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
UMNO akan mulakan rundingan kerusi PRU15 dengan Bersatu - Annuar Musa
Bekas Setiausaha BN itu mendakwa, kempimpinan tertinggi UMNO sudah memberi keizinan untuk meneruskan hasrat berkenaan yang dihentikan sebelum ini.