KUALA LUMPUR: MIC mencadangkan supaya unit Tranformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) yang kini diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dikembalikan ke Jabatan Perdana Menteri.
Presiden MIC Tan Sri S.A Vigneswaran juga mencadangkan agar Mitra distruktur semula fungsi dan peranannya, seiring dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Beliau juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mempertimbangkan cadangan supaya dana yang dipulangkan kepada Perbendaharaan oleh Mitra sehingga kini, dikembalikan kepada Yayasan Mitra yang akan ditubuhkan dan diuruskan oleh penjawat awam.
"Kita akur bahawa Mitra atau SEDIC (Unit Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India) sebelum dijenamakan semula, telah menghadapi pelbagai kekangan dalam membelanjakan RM100 juta yang diperuntukkan setiap tahun dalam masa yang ditetapkan.
"Akibatnya, terpaksa memulangkan lebih daripada RM400 juta sehingga kini kembali kepada Kementerian Kewangan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-75 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, walaupun kerajaan telah memperuntukkan dana khas tersebut bagi usaha transformasi masyarakat India, tetapi ia tidak diguna pakai disebabkan Mitra tidak dapat mematuhi prosedur kewangan yang sedia ada.
Sementara itu, Vigneswaran berkata MIC menyeru kerajaan untuk menambah bilangan kelas tadika di sekolah Tamil, di mana murid-murid juga diberi sarapan dan guru disediakan dengan bahan pengajaran.
Katanya, perkara itu telah dipersetujui dan mula dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) lepas, namun ia tergendala selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)
MIC turut mencadangkan supaya penubuhan semula Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India dalam usaha menjayakan pelaksanaan Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB), untuk membangunkan masyarakat India di negara ini.
Ismail Sabri yang hadir ke perhimpunan itu, turut berucap pada perhimpunan itu.
Terdahulu, perhimpunan yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan MIC itu dirasmikan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021

Vigneswaran juga mencadangkan agar Mitra distruktur semula fungsi dan peranannya, seiring dengan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju). - Gambar/ Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.