Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Rabu depan (8 April), kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata mesyuarat khas itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.
"Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka," kata Abdul Ghani dalam satu kenyataan di Putrajaya, Rabu.
Mesyuarat khas dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu akan diadakan pada 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya, disusuli sidang media kemudiannya.
Abdul Ghani berkata mesyuarat itu akan membincangkan tarikh penting seperti tarikh kekosongan kerusi P.44 Permatang Pauh, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian biasa.
"Selain itu, mesyuarat juga akan membincangkan Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam PRK dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan," katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata Rabu bahawa Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarga anggota Parlimen Permatang Pauh itu.
Pada 24 Feb lepas, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, menyerahkan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia , yang menerima surat memaklumkan keputusan petisyen pengampunan diraja itu, Rabu, berkata selaras dengan keputusan Lembaga Pengampunan itu, maka Anwar telah hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen pada 16 Mac iaitu sebaik sahaja petisyen bagi pengampunan diputuskan.
Bernama
Wed Apr 01 2015

ABDUL GHANI: Mesyuarat khas itu diadakan berikutan penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Anggota Parlimen. - Gambar fail
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

MAIS sasar kutipan zakat di Selangor sebanyak RM1.35 bilion pada tahun ini
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM1.35 bilion tahun ini berdasarkan kemampuan dan pencapaian yang dilakukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun lepas.

Iklan pelaburan palsu, polis sah terima laporan Pengerusi MAIS
Polis mengesahkan menerima aduan daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkenaan gambarnya yang digunakan untuk tujuan iklan skim pelaburan saham palsu.

Kalimah Allah: MAIS tidak setuju tindakan tarik balik rayuan
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menarik balik rayuan dalam kes melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Arah kiblat masjid, surau di Selangor tidak perlu diragui - MAIS
Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.

Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
Ia merujuk kepada iklan dan risalah yang diedarkan melalui media sosial dan elektronik baru-baru ini berkenaan program "Projek Artikel 11 Jom Ziarah" anjuran Impact Malaysia.

MAIS pantau 14 ajaran sesat aktif di Selangor
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memantau ketat 14 ajaran sesat yang dikenal pasti masih aktif di negeri ini.

Siswa mudahkan urusan wasiat, hibah dalam talian
Sistem berkenaan dinaik taraf daripada sistem e-Wasiat sedia ada dengan menggabungkan dua elemen penting dalam perancangan pembahagian harta iaitu wasiat dan hibah.

MAIS tetap pendirian tamat kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka dengan isu penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) susulan menolak pengambilan vaksin COVID-19.

Semua pihak diseru hormati bacaan al-Fatihah, ayat-ayat suci al-Quran - MAIS
Masyarakat seluruh negara khususnya Selangor diseru agar sentiasa menghormati agama Islam serta mengurangkan perkara yang melibatkan sensitiviti dan perpecahan.

Persetubuhan luar tabii: MAIS, PDRM kerjasama siasat di bawah Kanun Tatacara Jenayah
Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata kes itu akan disiasat mengikut tatacara yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah.