KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Menteri Pertahanan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan lonjakan baharu bagi kariernya dalam memperkukuhkan keselamatan negara.
Buat julung kalinya menyertai barisan kepimpinan tertinggi di peringkat Persekutuan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Tok Mat' mempunyai kewibawaan tersendiri, untuk menerajui portfolio baharu itu hasil pengalaman sepanjang 25 tahun kariernya sebagai ahli politik.
Tokoh korporat itu mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi, telah membuktikan keupayaanya dengan pembangunan serta kecemerlangan ketika mentadbir kerajaan Negeri Sembilan sebagai Menteri Besar selama hampir 20 tahun sejak 2004.
DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
[LAPOR LANGSUNG] Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan PM Anwar
Mohamad, 66, juga memiliki keperibadian yang tegas dan dilihat cukup penting dalam mendepani pelbagai cabaran keselamatan era moden ini serta ancaman COVID-19, meskipun negara telah beralih ke fasa peralihan endemik.
Antara pencapaian membanggakan Mohamad ialah pembangunan di Sendayan dengan terbinanya Pangkalan Udara (PU) Sendayan, di kawasan seluas 303.5 hektar yang menempatkan markas dan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 2018.
Beliau juga bukan asing dalam arena politik negara, malah kelantangan beliau dalam memberikan pendapat berkaitan pembangunan negara, didengari pemimpin serta rakyat keseluruhannya.
Timbalan Presiden UMNO itu juga, membuat penampilan pertama bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini, turut meraih kemenangan selesa dengan majoriti 19,897 undi di Parlimen Rembau, meskipun berdepan saingan lima penjuru.
Berasal daripada Kampung Kundur Hilir, Rantau itu, Mohamad mempunyai seorang anak lelaki dan empat perempuan hasil perkahwinannya dengan Datin Seri Raja Salbiah Tunku Nujumuddin.
Bersandarkan potensi dan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan perbankan, Mohamad pernah menjawat jawatan tertinggi dalam organisasi ternama seperti Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional, serta memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Cold Storage (M) Berhad.
Pengalaman luas dalam bidang korporat itu juga bertepatan dengan lantikan beliau dalam barisan Kabinet baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022

Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Tok Mat' mempunyai kewibawaan tersendiri, untuk menerajui portfolio baharu itu hasil pengalaman sepanjang 25 tahun kariernya sebagai ahli politik. - Gambar fail/ Shahir Omar

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet
Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

Pelantikan sebagai TPM pengiktirafan kepada GPS, Borneo - Fadillah
Pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah pengiktirafan kepada Gabungan Parti Sarawak dan blok Borneo, kata Fadillah.

Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak diumumkan sebagai sebahagian anggota kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin PH adakan pertemuan dengan PM hari ini
Pertemuan tersebut atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.

Majoriti masih tipis, PM perlu ketepikan ego elak perkara sama berulang - REFSA
Pembentukan kerajaan baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengenepikan ego berikutan kedudukannya yang masih mempunyai majoriti tipis.

Kabinet Kerja: Ketiadaan TPM tidak menyalahi undang-undang
Kabinet baharu disifatkan sebagai sebuah Kabinet yang agak besar.

Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.