Tindakan mengeluarkan kata-kata kesat serta enggan mematuhi arahan Speaker telah menyebabkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dihalau dari persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 berkaitan kelakuan tatatertib di dalam persidangan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Said mengarahkan Mahfuz keluar selepas berulang kali memberi nasihat kepadanya supaya diam.
Mahfuz yang juga Ketua Penerangan PAS itu telah mempertikaikan jawapan Menteri di Jabataan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kerana gagal menyatakan pendirian kerajaan berhubung pindaan Akta 355, sambil menyifatkan menteri itu sebagai ‘bacul’.
Berikutan itu, Ismail telah memberi amaran kepada Mahfuz dengan mengingatkan beliau tentang peraturan mesyuarat.
“Yang berhormat Pokok Sena! Sila duduk! Kita ada peraturan, Yang Berhormat… kita tidak boleh hendak paksa Menteri menjawab.
“Mana ada peraturan yang memaksa Menteri menjawab,” kata Ismail pada sesi ucapan penggulungan Menteri bagi titah ucapan Yang DiPertuan Agong di Dewan Rakyat pada Khamis.
Sementara itu, Mahfuz pada satu sidang media sejurus selepas itu mendakwa, kegagalan Jamil Khir menjawab soalannya pada persidangan tadi merupakan bukti bahawa kerajaan telah tunduk kepada desakan parti komponen Barisan Nasional (BN).
Menurut Mahfuz, kerajaan telah pun menyatakan persetujuan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada Disember lalu untuk membawa Akta 355 Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) 1965 ke Majlis Raja-Raja pada 11 dan 12 Mac lalu.
“Tapi nampaknya tadi dia kata tak dibawa lagi kepada Majlis Raja-Raja sedangkan jawatankuasa yang dia selia, seperti Jakim dan sebagainya sudah pun sedia dan hanya untuk mendapat sokongan Majlis Raja-Raja sahaja.
“Persoalannya ialah kenapa dia tak bawa? Ini menunjukkan kerajaan bila ada tekanan dari pihak komponen BN, mereka terpaksa ambil jalan untuk tidak membawa perkara tersebut untuk membolehkan pindaan kepada Akta 355,” katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun Jamil Khir sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa pihak kerajaan perlu meniliti dahulu rang undang-undang yang ingin dibentangkan sebelum menyatakan sebarang pendirian.
“Kita perlu lihat dahulu rang undang-undang yang ingin dibentangkan… dan kita (juga) dalam proses untuk bawa kepada Majlis Raja-Raja. Apa yang pasti memang kita tak kemukakan ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja yang lalu.
“Bukan urusan jawatankuasa teknikal (berhubung pindaan) untuk bawa kerana ada kena mengena dengan urusan kerajaan…Jabatan Peguam Negara dan sebagainya,” jelas beliau.
Meskipun begitu, Mahfuz tetap berdegil untuk mendapatkan pendirian segera daripada kerajaan berhubung cadangan untuk meminda Akta 355 yang akan dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) melalui rang undang-undang persendirian.
Sidang media oleh Mahfuz yang diadakan kira-kira jam 6.30 petang itu juga berlangsung dengan cepat kerana beliau memaklumkan terpaksa bergegas untuk menaiki penerbangan jam 8 malam.
Timbalan speaker sebelum itu turut ‘menyindir’ bahawa Mahfuz sengaja ingin membuatkan dirinya diarah keluar kerana ingin ‘balik awal’.
Haider Yutim
Thu Mar 26 2015
![Menteri bacul, Mahfuz dihalau keluar Dewan Rakyat Menteri bacul, Mahfuz dihalau keluar Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/81417595677_295x200.jpg)
Mahfuz mendesak pendirian segera daripada kerajaan berhubung cadangan untuk meminda Akta 355.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707133685_NaimMokhtar.jpg)
Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.
![Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706011048_MohdNaimMokhtar.jpg)
Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im
Libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.
![Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355 Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699252306_PengerusiMARA.jpg)
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
![Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609062121_TBAhmadMarzukShaary.jpg)
Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.
![Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478262332_hududundangundang.jpg)
Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB
Kelantan belanjakan RM1 juta setahun melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen.
![Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71470960797_AzalinaOthman.jpg)
Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
Terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang disiarkan media semalam.
![Ini untuk orang Islam, tidak beri kesan kepada bukan Islam - Abdul Hadi Ini untuk orang Islam, tidak beri kesan kepada bukan Islam - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51487468375_HadiAwang.jpg)
Ini untuk orang Islam, tidak beri kesan kepada bukan Islam - Abdul Hadi
Pada masa sama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu umat Islam terus beristiqamah dan menghormati penganut agama lain, dalam memperjuangkan syiar Islam.
![Ada sebab kenapa kaum wanita patut sokong pindaan Akta 355 - Asyraf Wajdi Ada sebab kenapa kaum wanita patut sokong pindaan Akta 355 - Asyraf Wajdi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/71458457933_AsyrafWajdiDusuki.jpg)
Ada sebab kenapa kaum wanita patut sokong pindaan Akta 355 - Asyraf Wajdi
Kaum wanita dan pejuang hak wanita harus menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 kerana ia dapat membela mereka daripada teraniaya.
![Tengku Adnan ulangi cadangan RUU di Stadium Titiwangsa Tengku Adnan ulangi cadangan RUU di Stadium Titiwangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41480825719_HimpunanRohingya.jpg)
Tengku Adnan ulangi cadangan RUU di Stadium Titiwangsa
Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya.
![Tiada halangan PAS adakan himpunan di Dataran Merdeka - Nazri Aziz Tiada halangan PAS adakan himpunan di Dataran Merdeka - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439300790_NazriAziz.jpg)
Tiada halangan PAS adakan himpunan di Dataran Merdeka - Nazri Aziz
Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara.