KAUM wanita dan pejuang hak wanita harus menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 kerana ia dapat membela mereka daripada teraniaya, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata cadangan untuk meminda Akta 355 itu antara lain dapat meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam menghukum termasuk menaikkan kadar denda terhadap pesalah.
"Saya pelik pejuang yang dikatakan pejuang hak wanita membantah pindaan Akta 355. Mereka sepatutnya bersama-sama sebab kita nak menaikkan denda itu ke tahap lebih tinggi supaya wanita dapat dibela.
"Apabila melakukan sesuatu kezaliman terhadap wanita seperti tidak membayar nafkah, Mahkamah Syariah hanya boleh menghukum dengan denda setakat RM5,000. Jadi, ia tak memadai dengan nilaian tanggungjawab terhadap wanita yang dibiarkan sengsara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak membabitkan 1,506 guru Kelas A-Quran & Fadhu Ain (KAFA) peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bagi meminda Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov lepas.
Asyraf Wajdi berkata sudah tiba masanya untuk mengangkat sedikit kuasa Mahkamah Syariah dengan meningkatkan kadar denda yang setimpal dengan nilaian semasa.
"Selepas 32 tahun akta ini diperkenalkan, kita lihat kuasa menghukum yang ada hari ini iaitu denda RM5,000 nilaian 1994 dengan sekarang ini adalah berbeza," katanya.
Beliau menegaskan pindaan Akta 355 itu tidak ada kaitan dengan pelanggaran Perlembagaan Persekutuan seperti dakwaan sesetengah pihak kerana akta itu adalah akta Persekutuan yang diluluskan di Parlimen dan meliputi bidang kuasa diperuntukkan dalam Parlimen.
"Sebab itulah kalau pun nak buat, pindaan ini akan dibawa ke Parlimen juga dan selagi mana ia berada dalam lingkungan Perlembagaan selagi itulah akta ini boleh dilaksanakan dan diluluskan," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 18 2017

Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 dilihat dapat membela mereka daripada teraniaya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.

Pindaan Akta 355: Kerajaan selesai libat urus bersama negeri - Mohd Na'im
Libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam merupakan hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.

Hukuman lebih berat terhadap LGBT sedang dipinda - Ahmad Marzuk
Setakat hari ini hukuman yang ada menggunakan enakmen sedia ada.

Hukum hudud: Kelantan tunggu lampu hijau - MB
Kelantan belanjakan RM1 juta setahun melengkapkan sistem perundangan mahkamah syariah, membangunkan prasarana dan menjalankan kempen.

Berlaku kesilapan teknikal RUU355 dalam Aturan Mesyuarat Parlimen - Azalina
Terdapat kesilapan teknikal pada usul meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 seperti yang disiarkan media semalam.

Ini untuk orang Islam, tidak beri kesan kepada bukan Islam - Abdul Hadi
Pada masa sama, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu umat Islam terus beristiqamah dan menghormati penganut agama lain, dalam memperjuangkan syiar Islam.

Ada sebab kenapa kaum wanita patut sokong pindaan Akta 355 - Asyraf Wajdi
Kaum wanita dan pejuang hak wanita harus menyokong pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 kerana ia dapat membela mereka daripada teraniaya.

Tengku Adnan ulangi cadangan RUU di Stadium Titiwangsa
Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya.

Tiada halangan PAS adakan himpunan di Dataran Merdeka - Nazri Aziz
Berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan tidak boleh menghalang mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan atau demonstrasi bagi menyokong atau membantah sesuatu perkara.