SIDANG khas Parlimen esok sememangnya menarik untuk dilihat. Sudah lama ditunggu dan dinantikan.
Bukan satu dekad, dua dekad, tetapi telah menjadi bahan perbualan sejak tahun 1990-an.
Keperluan ke arah itu semakin ketara dan telah didesak sejak empat tahun yang lalu.
Di sebalik harapan para pemegang taruh, terutama rakyat selaku pengundi yang memilih wakil rakyat mereka, apakah satu undang-undang yang jelas bagi menghindari perbuatan melompat parti dalam kalangan anggota Dewan Perundangan – di kedua-dua peringkat Persekutuan dan negeri, akan menjadi kenyataan.
Isunya bukan sama ada sudah ada kemahuan untuk menggubal satu undang-undang yang khusus berkaitan usaha mengekang perbuatan lompat parti dalam kalangan wakil rakyat dan sebagainya, tetapi satu undang-undang yang dapat dan boleh diterima oleh kesemua pihak berkepentingan.
Ini yang menjadi isu pada hari ini. Dan, sudah pasti akan mewarnai sidang khas pertama esok sebelum satu lagi sidang khas diadakan akhir bulan ini.
Orang ramai yang sudah pun kecewa dengan siri politiking sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) empat tahun lalu, terus hanyut dengan persekitaran tidak konsisten bagi menggubal satu undang-undang yang konkrit bagi meletakkan noktah ke atas perbuatan melompat parti.
Kenyataan yang dikeluarkan beberapa anggota Kabinet dan pemimpin parti komponen kerajaan yang memerintah sejak minggu lalu menunjukkan bahawa mereka masih belum jelas mengenai definisi melompat parti dan antilompat parti.
Nampaknya selepas lapan bulan perbincangan yang mendalam, tidak ada formula yang jelas mengenai definisi lompat parti dan antilompat parti. Masih belum ada formula kesudahan.
Butiran yang dikeluarkan setakat semalam menunjukkan definisi itu belum cukup jelas. Di mana kesilapan? Apakah misteri yang menyelubungi usaha murni ini! Ini memerlukan jawapan buat semua.
Sementara tarik tali dalam memberi dan mendapatkan sokongan merupakan perkara normal dalam proses penggubalan undang-undang dalam sistem demokrasi, meletakkan atau membawa syarat-syarat baharu menimbulkan polemik yang tiada kesudahan.
Bercakap kepada media Khamis lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengakui beliau kecewa apabila rang undang-undang yang telah mengambil masa selama lapan bulan ini tidak dapat dibentang esok.
Bagaimanapun sebagai anggota Kabinet, beliau menerimanya sebagai tanggungjawab bersama. Perasaan peribadi saya tak penting tetapi memang 'frust'.
Selepas buat kerja lapan bulan, ada tersangkut sedikit, memang terasalah. Tetapi semua (dalam mesyuarat) sudah tahu yang Wan Junaidi (rasa) tak berapa syok (puas hati)," kata beliau.
Undang-undang antilompat parti merupakan komponen kritikal dalam memorandum persefahaman (MoU) antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan (PH).
Majlis PH menuntut sidang khas kedua bagi meluluskan RUU antilompat parti ditetapkan esok.
Sementara itu saranan baharu turut dikemukakan oleh beberapa Ahli Parlimen.
Misalnya, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang juga mantan Timbalan Speaker Dewan Rakyat mempersoalkan rancangan kerajaan untuk membentangkan RUU bagi meminda Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Meminda Artikel 10 tanpa undang-undang antilompat yang ditakrifkan dengan ketat akan menjadi terlalu luas dan berbahaya, kata pemimpin UMNO ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Permatang Pauh dari PKR, Nurul Izzah Anwar menggesa pertimbang semula cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu untuk "membolehkan" undang-undang antilompat parti dilaksanakan, sementara menunggu penyelesaian perselisihan pendapat antara parti dalam kerajaan.
Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Setiausaha Agung BERSATU dan Menteri Dalam Negeri berkongsi pandangan bahawa Jemaah Menteri 6 April lalu telah bersetuju bahawa Perkara 10(3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi memberikan ruang kepada ahli-ahli Dewan Rakyat menggubal akta khusus berkaitan anti lompat parti dengan lebih teratur, terperinci dan boleh diterima semua pihak.
Pokoknya, ramai percaya dengan meluluskan pindaan Perlembagaan dan RUU antilompat parti, kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi berparlimen yang telah terhakis dengan teruk boleh dipulihkan. Ini satu peluang yang terbaik.
Malah, menjadi harapan ramai agar RUU khusus ini akan digubal dan dikuatkuasakan menjelang PRU-15.
Kita telah saksikan pelaksanaan Undi18 telah mengambil masa lebih dua tahun termasuk membawa keputusan perintah pelaksanaan oleh mahkamah.
Maka, diharap RUU Antilompat Parti tidak akan mengalami nasib yang sama. Penggubalan satu undang-undang lengkap dan pelaksanaan secara terancang perlu diberi keutamaan.
Semuanya bergantung pada iltizam politik kesemua pemegang taruh. Hanya iltizam politik yang mampu merealisasikan harapan rakyat.
Leraikan misteri yang menguasai gelanggang politik, dikhuatiri boleh menjadi kekangan tidak diundang. Nampaknya, negara terutama institusi Parlimen kembali kepada senario Julai 2019.
Ketika itu, usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi merealisasikan dasar Undi18 tergendala sedikit ekoran usaha minit-minit terakhir untuk membawa peruntukan tambahan, yakni pendaftaran pemilih secara automatik.
Susulan perbincangan mendalam akhirnya kedua-dua komponen itu diluluskan dengan 211 anggota Dewan Rakyat menyokong, melebihi jumlah 148 sokongan yang diperlukan.
Ia satu kejayaan luar biasa ketika ramai tidak yakin pindaan Perlembagaan Persekutuan boleh diluluskan dengan mengambil persekitaran politik pada masa itu; tidak ada sokongan mutlak dua pertiga.
Hari ini, senario hampir sama muncul di saat-saat akhir. Usaha memperkenalkan peruntukan khusus bagi mengekang wakil rakyat dari melompat parti tersekat sekali lagi.
Sepatutnya dibahaskan semasa sidang Parliman bulan lepas tetapi terpaksa dibawa ke sidang khas Dewan Rakyat esok.
Setuju, okey, tidak jadi, ditangguh, dan tertunda lagi. Akhirnya sidang khas diadakan esok.
Gambaran yang diperoleh setakat ini menunjukkan wujud kerisauan dan kebimbangan luar biasa mengenai peruntukan yang disyorkan untuk dipinda, iaitu bakal membawa lebih banyak isu dan kemudaratan berbanding penyelesaian yang diharapkan.
Kita ada banyak kes contoh di dalam dan di luar negara untuk dijadikan panduan bagi mencari penyelesaian.
Malangnya, kita berhadapan dengan kebuntuan tidak wajar, tidak perlu dan agak kurang munasabah, malah boleh dielakkan.
Masih belum terlewat untuk meleraikan kekusutan yang ada di hadapan kita.
*Dr G Manimaran merupakan penulis buku "Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir"
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
G Manimaran
Sun Apr 10 2022
Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 akan diadakan esok. -Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.