Usai Piagam Muafakat Nasional antara UMNO-PAS dimeterai, 'taawun siyasi' (kerjasama) antara kedua-dua parti itu disambut dengan pelbagai persepsi dan tidak kurang juga yang ragu-ragu dengan penyatuan itu.
Antara persoalan utama, sejauh mana kerjasama itu benar-benar memenuhi matlamat untuk penyatuan ummah tanpa didasari kepada kepentingan dan kehendak politik semata-mata.
Penegasan pucuk pimpinan UMNO dan PAS bahawa penyatuan itu tidak akan meminggirkan kaum-kaum lain juga menimbulkan 'was-was', sehingga banyak pihak mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum menilai perkembangan kerjasama itu.
Ketua MCA Cawangan Batu 11 Cheras, Tan Chee Teong, berkata masih terlalu awal untuk melihat halatuju kerjasama itu dan pastinya ia tidak lari dari alasan mengukuhkan undi.
"Pada pandangan peribadi saya, saya rasa ini (hasil) PAS-UMNO (kerjasama), ia masih terlalu awal, ia lebih kepada memorandum, jadi tidak boleh kita nak nilai lagi mereka ini berjanji kosong atau berjanji tepat.
"Bagaimanapun, saya merasa ianya satu starting point yang baik, jika benar prinsip yang didukung ianya selari dengan perjuangan MCA iaitu memperjuangkan multiculturalisme, memajukan Malaysia atas dasar kebersamaan dan kesefahaman antara kaum," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Tan juga berpendapat tiada sebarang halatuju yang jelas bagi kerjasama berkenaan, namun berharap UMNO dan PAS akan memperincikan objektif kerjasama itu sebagai panduan komponen yang lain, dan tidak sekadar retorik politik semata-mata.
"Rakyat negara ini telah muak dengan ayat-ayat politik pemimpin yang hanya inginkan kuasa, mempunyai agenda tersembunyi, justeru sekarang rakyat mengelak untuk dengar janji-janji politik, sebaliknya mahukan satu dasar perjuangan yang jelas untuk manfaat rakyat," katanya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy berkata beliau bersikap 'tunggu dan lihat' pada hasil kerjasama UMNO-PAS itu.
"Kita tidak tahu macam mana ia (hasil kerjasama) akan ke akar umbi, tetapi kita akan tunggu dan lihat," katanya.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menandatangani Piagam Muafakat Nasional
Piagam itu, yang merupakan satu tatakelola kerja bagaimana kedua-dua parti harus bergerak dari sekarang hingga ke pilihan raya umum yang akan datang antaranya mengandungi penekanan memperkukuhkan Muafakat Nasional melalui amalan musyawarah yang melibatkan pelbagai latar agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 14 2019

Chee Teong berkata masih terlalu awal untuk melihat halatuju kerjasama itu dan pastinya ia tidak lari dari alasan mengukuhkan undi. -gambar BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.