Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem, dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Beliau berkata persepsi tersebut dilakukan pihak luar, yang hanya mahu memburukkan parti Bersatu.
"Jangan salah anggap kerana orang selalu membuat spekulasi tidak benar, dan perkara sebenar yang dibincangkan dalam mesyuarat baru-baru ini adalah untuk membetulkan keadaan.
"Sebab kita tahu dalam berpolitik ini hanya platform yang paling tertinggi adalah Majlis Kepimpinan Tertinggi, jadi kita panggil bermesyuarat adalah untuk berbincang bagi mengetahui perkara sebenar.
"Alhamdullilah... kita selesaikan dengan baik, tanpa sebarang masalah cuma spekulasi dibuat oleh pihak tertentu menyatakan terdapat dua kem atau tiga kem, adalah tidak wujud sama sekali," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program ASEAN Day 2019 di sini, hari ini.
Tambahnya yang juga merupakan Timbalan Menteri Luar, penubuhan parti Bersatu ini adalah untuk berjuang bersama-sama dalam membina negara.
"Kita tidak perlu nak buat siasatan dalaman mengenai perkara ini sebab memang tidak wujud kem dalam parti seperti didakwa. Itu hanya persepsi orang luar.
"Kita tahu politik tidak jauh dari persepsi. Apa-apa juga persepsi hanya merosakkan segala-galanya, padahal kita tidak apa-apa dan mesyuarat dijalankan dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai isu yang tular di media sosial yang mendakwa wujudnya dua kem melibatkan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan kem Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti Bersatu.
"Isu viral tersebut mungkin dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab, jadi kita abaikan...," katanya.
Semalam, media melaporkan beberapa pemimpin Bersatu hadir ke ibu pejabat parti di Petaling Jaya bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang difahamkan dijadualkan pada saat-saat akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2019

MARZUKI: Isu viral tersebut mungkin dilakukan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab, jadi kita abaikan. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.

Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.

Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.

Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.

Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.

PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.

Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.

Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.