Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan dalam tempoh terdekat, paling lewat ia perlu diadakan pada Ogos tahun ini.
Setiap parti sedang membuat persiapan peringkat akhir untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU14 akan datang.
Semua parti yang bertanding mempunyai agenda masing-masing untuk menawan hati pengundi dan memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Namun, penganalisis politik berpendapat, parti-parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan perlu menjadikan isu kepentingan orang Melayu sebagai agenda utama mereka kerana kebanyakan kerusi yang ditandingi merupakan kawasan majoriti Melayu.
"Saya rasa selepas dua kali PRU, pengalaman dua kali PRU, kita melihat pakatan pembangkang gagal mendapat undi yang cukup untuk menang, terutama di peringkat Putrajaya.
"Buat kali ini, nampaknya pakatan pembangkang tidak dapat bersatu sepenuhnya, sepertimana pilihan raya sebelum ini.
"Justeru itu, strategi politik khusus kepada orang Melayu itu menjadi perkara yang sangat penting, bukan saja untuk menang di peringkat Putrajaya, tetapi juga kekal di kerusi-kerusi sedia ada dan negeri-negeri yang pernah dikuasai pakatan pembangkang," kata penganalisis politik, Hasmi Hashim.
Seorang lagi penganalisis politik, Hisomuddin Bakar yang juga Pengarah Eksekutif Ilham Centre berpendapat, Pakatan sukar mendapat undi Melayu jika tidak mengangkat agenda Melayu dalam perjuangan mereka.
"Bagi Pakatan, sebenarnya bila mereka menumpukan di 165 kerusi Parlimen, agenda Melayu ini perlu dilihat sebagai agenda paling ke depan untuk mereka tawarkan kepada 15 juta pengundi, sebab pertembungan sengit adalah di kawasan majoriti Melayu," katanya.
Irwan Muhammad Zain
Wed Jan 10 2018
![#MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis #MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466243543_950x600.jpg)
Pakatan Harapan akan berdepan masalah di kawasan majoriti Melayu jika tidak mengangkat agenda Melayu. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Tiada lagi rundingan pintu belakang bentuk kerajaan - Mohamad Hasan Tiada lagi rundingan pintu belakang bentuk kerajaan - Mohamad Hasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81527923158_MohamadHasan.jpg)
Tiada lagi rundingan pintu belakang bentuk kerajaan - Mohamad Hasan
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO tidak akan mengkhianati rakyat Malaysia yang telah memilih kerajaan baharu pada 9 Mei lepas.
![#MalaysiaMemilih: BN dan PH bersaing angkat agenda Melayu #MalaysiaMemilih: BN dan PH bersaing angkat agenda Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515513972_BNPakatan.jpg)
#MalaysiaMemilih: BN dan PH bersaing angkat agenda Melayu
Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menyedari bahawa kepentingan Melayu perlu menjadi keutamaan.
![#MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis #MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/81466243543_950x600.jpg)
#MalaysiaMemilih: Agenda Melayu perlu jadi keutamaan semua parti - penganalisis
Setiap parti sedang membuat persiapan peringkat akhir untuk memastikan kemenangan berpihak kepada mereka pada PRU14 akan datang.