Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diminta menyenaraikan apa sahaja program atau sebarang aktiviti yang pernah dibuat kepada parti di kawasannya sendiri.
Tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim, Khairuddin harus bertanya diri sendiri apakah sumbangan baktinya kepada ahli dan masyarakat di kawasan itu.
"Isu meminta mencerminkan diri yang dikata Khairuddin, sudah terang lagi bersuluh, sebenarnya siapa yang wajar mencermin diri?
"Jika Khairuddin membandingkan soal kehadiran msyuarat. Saya hendak tanya balik sebagai orang nombor tiga dalam bahagian, apa program atau aktiviti yang dia buat kepada parti, ahli dan masyarakat di sini?
"Kemudian cuba semak Facebook Pemuda pula, berapa program atau aktiviti yang Pemuda UMNO bahagian lakukan, sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri, kita turut terlibat secara langsung dalam aktiviti dan sumbangan sejajar dengan aspirasi kepimpinan pemuda pusat," katanya kepada Astro AWANI.
Mohd Hilmie mengulas kenyataan Khairuddin yang memintanya mencermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.
Khairuddin turut menasihatinya untuk lebih kerap menghadiri mesyuarat UMNO bahagian sebelum meminta sebarang agensi menyiasatnya terhadap sebarang tuduhan salah laku.
Tegas Mohd Hilmie lagi, Khairuddin kini harus sedia mula menerima dengan hati terbuka keputusan dilucutkan jawatan yang diambil UMNO terhadapnya.
"Keputusan itu berlandaskan pelembagaan yang diambil ibu pejabat UMNO sekali gus memperlihatkan moral dan siapa dia yang sebenar.
"Agarnya jika status muflisnya tidak dibangkitkan, maka tiada siapa yang tahu, dan atas sikap dan moralnya perkara tersebut terus disembunyikan demi jawatan yang disandang. Apakah sikap dan moral itu betul?
"Menghentam Presiden UMNO dan Badan Perhubungan Negeri serta Pengerusi Perhubungan Negeri melalui media pembangkang, adakah ini sikap dan moral seorang Naib Ketua Bahagian?" tegasnya.
Dalam pada itu, Mohd Hilmie turut menyangkal dakwaan Khairuddin mengenai isunya merosakkan nama UMNO dalam kes menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Sungguh menghairankan kerana hanya saya sorang saja yang dituduh. Mengapa ramai lagi yang turut terlibat tidak disebut?
"Apa saya sahaja yang menjadi perosak dan bagaimana pula dengan sokongan daripada pemimpin UMNO negeri dan kepimpinan bahagian lain yang tidak pernah jemu menyokong tindakan kami?" ujarnya.
Sementara itu jelasnya, jemputan debat Khairuddin diibarat hanya seperti meludah ke langit.
"Sekarang Khairuddin perlu mencerminkan diri. Tindakan itu ibarat seperti meludah ke langit.
"Saya ini hanya budak hingusan, tidak wajar rasanya dia yang berstatus hebat dan berkedudukan untuk berdebat dengan saya.
"Lagipun isunya telah diketahui umum, UMNO juga sudah buat keputusan, pihak bertanggungjawab juga telah memberi penjelasan, jadi semuanya telah jelas dan nyata," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Mar 05 2015
![Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425466643_295x200.jpg)
MOHD HILMIE: Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Gambar fail
![Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739278343_TBGobind.jpg)
Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.
![SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669556500_Leelamthye.jpg)
SOSMA perlu diperhalusi, tidak jejaskan keadilan dan martabat manusia - Lee Lam Thye
Lee berkata, walaupun objektifnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan, ia tidak boleh mengorbankan hak asasi manusia dan kebebasan sivil.
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan.
Polis kesan pemandu pacuan empat roda sengaja rempuh kereta
Polis sedang mengesan seorang pemandu pacuan empat roda berwarna kelabu yang disyaki dengan sengaja merempuh sebuah kereta dalam kejadian di Taman Manggis, Teluk Intan, pada Jumaat.
![Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739748481_GermanyProtest.jpg)
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu yang terlibat dalam tunjuk perasaan oleh kumpulan sayap kanan.
Zelenskyy tiba di UAE, situasi perang antara tumpuan utama
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, dan isterinya, Olena, tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada ahad.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Ukraine menyatakan lawatan rasmi itu akan memberi keutamaan kepada program kemanusiaan Olena Zelenska untuk memastikan lebih ramai rakyat negara itu dapat pulang dari tahanan selain membincangkan pelaburan serta kerjasama ekonomi.
Trump yakin dapat bertemu Putin bincang perang Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan pada hari Ahad bahawa beliau yakin boleh bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, dalam masa terdekat.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Pertemuan itu adalah bagi membincangkan usaha menamatkan perang di Ukraine.
Turkiye bantu Syria baik pulih Lapangan Terbang Damsyik
Pasukan teknikal terdiri daripada 25 anggota dari Turkiye telah mula bekerja di Syria untuk membaik pulih Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Menurut Menteri Pengangkutan Dan Infrastruktur Turkiye Abdulkadir Uraloglu pada Ahad, ini kerana lapangan terbang tersebut mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat beroperasi akibat perang saudara Syria selama 13 tahun.
Hezbollah desak Israel berundur sepenuhnya dari Lubnan
Ketua kumpulan bersenjata Hezbollah di Lubnan menegaskan bahawa tentera Israel mesti berundur sepenuhnya dari wilayah Lubnan sebelum 18 Februari,
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Setiausaha Agung Hezbollah, Naim Qassem turut menyatakan bahawa Israel tidak mempunyai alasan untuk mengekalkan kehadiran tenteranya di selatan negara itu.
Trump ulangi sokongan terhadap tindakan Israel
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengulangi pada Ahad sokongannya terhadap tindakan seterusnya Israel di Gaza.
![PRU15: Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan PRU15: Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668251179_TBKONYEOW.jpg)
PRU15: Hujan lebat, banjir kilat cabaran kempen Chow Kon Yeow di Batu Kawan
Chow Kon Yeow berkata beliau perlu menemui seramai mungkin pengundi bagi memastikan dirinya dikenali seterusnya dipilih sebagai wakil rakyat.
!['Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin 'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81619535835_KHAIRUDDINABU.jpg)
'Tindakan polis tahan saya di bawah SOSMA untuk lindungi Najib' - Khairuddin
Khairuddin memberitahu Mahkamah Tinggi penahanannya oleh polis di bawah SOSMA adalah untuk melindungi Najib.
![Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606662611_pekerjaasing.jpg)
Dua pekerja parah dihempap dinding konkrit
Lelaki berusia 42 tahun cedera pada muka selain tapak tangannya hancur, manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah pada kaki dan pinggang.
![Usul tukar Speaker bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan - Nazri Aziz Usul tukar Speaker bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439302023_NazriAziz.jpg)
Usul tukar Speaker bukti ahli parlimen PH tidak layak jadi kerajaan - Nazri Aziz
Nazri menjelaskan apa yang berlaku ketika usul menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dengan Datuk Azhar Azizan Harun membuktikan wakil rakyat PH tidak memahami prosedur.
![Mahkamah tolak rayuan pendakwaan terhadap ikat jamin Khairuddin, Chang Mahkamah tolak rayuan pendakwaan terhadap ikat jamin Khairuddin, Chang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444723200_KhairuddinHassan.jpg)
Mahkamah tolak rayuan pendakwaan terhadap ikat jamin Khairuddin, Chang
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh kekal bebas dengan ikat jamin sementara menunggu selesai perbicaraan mereka.
![Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71424080280_295x200.jpg)
Lucut jawatan UMNO: Tuduhan Hilmie umpama samseng hingusan - Khairuddin
Perselisihan dan tuduh menuduh di antara Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan dengan bekas Naib Ketua UMNO bahagian itu kini disifatkan semakin panas.
![Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425466643_295x200.jpg)
Lucut jawatan UMNO: Kenyataan Khairuddin macam meludah ke langit - Mohd Hilmie
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan diminta menyenaraikan apa sahaja program atau sebarang aktiviti yang pernah dibuat kepada parti di kawasannya sendiri.
![Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Khairuddin Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421312635_295x200.jpg)
Lucut jawatan UMNO: Hilmie, cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain - Khairuddin
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Kawan, Mohd Hilmie Ibrahim dinasihat cermin diri sendiri sebelum mengata individu lain terutama mengenai isu sikap dan moral masing-masing.
![Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368354780_295x200.jpg)
Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.